Selasa, 21 Februari 2012

Kemudahan Asas Terhad, Kerajaan Digesa Ambil Tindakan



Oleh ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Para penduduk di Flet Jalan Cenderai Taman Megah Ria, dekat sini merayu agar pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah penyelenggaraan yang dihadapi.

Kira-kira 20 aduan yang diterima Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas rata-ratanya berhubung masalah yang sama dan menggesa semua pihak turun padang melihat keadaan penduduk di kawasan ini yang mula terancam dari segi kesihatan.

Sebahagian penduduk mendakwa sistem kumbahan, ada yang bocor sehingga persekitaran kediaman bukan sahaja berbau busuk, malah membahayakan kesihatan.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya turut merayu supaya Kerajaan Negeri mengecat semula rumah flet ini dipercayai sudah lebih 20 tahun ia tidak pernah dicat sehingga kelihatan usang.

”Penduduk di kawasan ini membayar cukai tanah sebanyak RM275 dan cukai harta RM102 setahun, jadi apa salahnya Kerajaan Negeri mengambil tindakan mengecat kembali bangunan yang dilihat semakin uzur.

”Kita akan turut ke Biro Pengaduan Awam (BPA) dalam masa terdekat agar masalah ini dapat diselesaikan segera,” ujar beliau lagi yang juga ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Johor dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan