Khamis, 23 Februari 2012

Asabiyyah Mula Berkurangan : Peluang Menang Tetap Ada



Oleh ibn_bacoks

MUAR – Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang mendakwa semangat asabiyyah yang menebal dalam pemikiran masyarakat di Johor telah berkurangan ekoran Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan negeri lain dalam pilihan raya 12 yang lalu.

Hal ini, menunjukkan PR mampu membuang semangat perkauman di negeri yang dimenangi dan peluang  untuk memenangi hati masyarakat Melayu dianggap cerah.

Justeru katanya lagi keinginan melihat rakyat Johor terselamat dari dakyah songsang sebegitu tetap ada selain mahu melihat ada penghormatan di antara kaum di negara ini.

”Kita mahu rakyat Johor dapat melihat kebenaran yang dicapai oleh negeri-negeri lain di bawah pentadbiran PR,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis Hi Tea anjuran PAS Kawasan Bakri di Balai Islam Syaidina Abu Bakar, Batu 3 Jalan Bakri, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, Adun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh, Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim dan Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Difahamkan, Nizar berada di Muar dalam rangka lawatan seharinya ke negeri ini sempena dengan Konvoi Penerangan PAS.

Terdahulu, beliau berada di Parlimen Parit sulong kerana menyertai Majlis Taklimat Penerangan PAS Johor anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan