Rabu, 22 Februari 2012

Isu Israel, Anwar Hormati Pendirian Tok Guru



Oleh ibn_bacoks

SEMBRONG – Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dikhabarkan telah mengadakan pertemuan dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS di hotel PNB Derby Park jam 9.15 pagi semalam bagi menjelaskan pendirian beliau mengenai Israel.

Terdahulu dalam ceramahnya di Parlimen Sembrong, beliau mendakwa UMNO cuba melaga-lagakan beliau dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Malah pendirian PAS berhubung soal Israel amat dihormati manakala beliau dengan Mursyidul Am PAS itu tiada apa-apa masalah.

”Siapa yang berdagang dengan Israel? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jumpa Perdana Menteri Israel, bekas Tan Sri Syed Hamid Albar jumpa Menteri Luar Israel, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jumpa Menteri Pertahanan Israel… Saya tidak jumpapun Perdana Menteri Israel,” katanya lagi.

Beliau menambah dengan katanya, seorang pemimpin yang sejati tidak gentar dengan dugaan. Malah beliau mendakwa, pemimpin UMNO mengumpulkan kekayaan di sebalik kesusahan rakyat negara ini.

”Saya akan beri tempoh dua minggu untuk mreka turunkan tarif elektrik negara kita, itu pendirian kita. Kalau mahu jadi pemimpin perlu berani, mengapa mesti takutkan syarikat, tauke besar, takut bini. Apa punya pemimpin macam ini,” ujar beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan