Rabu, 1 Februari 2012

JOHOR Gagal Pikat Safee Sali?


Oleh ibn_bacoks

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terpaksa melupakan hasrat kerana kononnya ingin melamar Safee Sali, 28, untuk menyertai skuad Jengking pada masim ini.

Bagaimanapun, hari ini Safee telah menamatkan ramalan dan spekulasi mengenai kedudukannya dengan menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak Pelita Jaya.

Ura-ura penghijrahan anak kelahiran Tapah Perak itu boleh dianggap hampir pasti gara-gara pengurusnya Zakaria Ibrahim mengesahkan ada tawaran untuk bermain dengan Johor. Safee yang juga kapten pasukan Pelta Jaya, turut dikatakan akan beraksi bersama pasukan yang menduduki tangga kelima Liga Perdana jika menerima tawaran itu.

Tambahan pula, beliau ditawarkan gaji bulanan yang cukup lumayan telah mengejutkan banyak pihak dan kononnya akan mencipta rekod sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak negara.

Justeru, dengan pengumuman yang berlangsung hari ini pastinya menjadikan ia sebagai langkah susulan buat dirinya untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain yang bola sepak yang dihormati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan