Ahad, 5 Februari 2012

Jui Meng : Optimis Tawan Johor



JOHOR BAHRU – Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor mengulangi keyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) mempunyai peluang yang tinggi dalam memenangi hati rakyat di negeri ini.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata demikian selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru PKR di Taman Universiti, Skudai, dekat sini, semalam.
Tambah beliau dengan menzahirkan rasa yakin itu setelah melihat bahang peralihan rakyat yang berkehendakkan kepada suasana politik baru itu.
Disamping itu, dengan kunjungan pihaknya ke pelusuk dalam negari ini dan bertemu dengan pelbagai bangsa mahupun agama semakin menguatkan lagi ramalannya.
”Jika PR berjaya menawan Johor, ia akan memberi impak besar kepada kepimpinan Barisan Nasional.
”Kejayaan ini seiring dengan misi PR untuk menakluki Putrajaya, sekaligus menubuhkan sebuah negara,”ujarnya dipetik dari Sinar Harian semalam.
Akhbar itu, sebelum ini melaporkan hasil aktiviti turun padang di segenap daerah yang turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi dalam PR sejak dua tahun lalu, mula memberi impak positif.
”Maklum balas yang diterima dari rakyat Johor sangat positif terutamanya di negeri yang ditadbir PR. Impak positif ini memberi keyakinan penduduk di negeri lain untuk merasai aura peralihan itu,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan