Selasa, 21 Februari 2012

Tragedi Sembrong : Layakkah Hisham Jadi MB Johor?



Oleh ibn_bacoks

SEMBRONG – Ramai pihak mempertikaikan kredibiliti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Naib Presiden UMNO kononnya jawatan Menteri Besar Johor bakal dinobatkan kepada beliau tapi dilihat gagal mengawal penyokongnya yang didakwa bertindak samseng dalam satu tragedi di Sembrong.

Ura-ura mengenai kedudukan Hisham sebagai nombor wahid di negeri ini bertiup kencang apabila media memburunya bagi mendapatkan pengesahan daripada beliau.

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan spekulasi tentang sama ada dipilih atau dilantik memegang apa-apa jawatan termasuk Menteri Besar ditanya dalam sidang media selepas majlis Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Pengkalan Tereh, Paloh, Parlimen Sembrong, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Hisham turut digesa mengambil sikap bertanggungjawab berhubung satu kejadian di Batu. 4, Jalan Mersing semalam apabila sekumpulan pembuat kecoh didakwa berniat mengganggu ceramah yang melibatkan kehadiran tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga merosakkan kenderaan rasmi ketua pembangkang itu.

Difahamkan, kejadian ini turut mencederakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Nazri Ismail yang mempertahankan Anwar dengan bertindak sebagai perisai malangnya ditumbuk di bahagian kepala.

Paling menyedihkan kejadian ini dilaporkan berlaku di parlimen Sembrong yang mana Hisham merupakan wakil rakyatnya di situ.

Namun, layakkah seorang yang bertaraf menteri untuk terajui Johor tapi dilihat gagal mengawal penyokongnya sendiri dari bertindak ganas? Ada baiknya jika kita tinggalkan jawapannya kepada penyokong tegar UMNO-BN di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan