Ahad, 19 Februari 2012

Isu JCORP : Undur Tidak Sekali



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU : PAS Johor tidak sekali-kali akan undur berkenaan isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya.

Pendirian ini telah ditegaskan oleh Pesuruhjayanya, Dato’ Dr Mahfodz Muhammad selepas pengedaran risalah berkenaan isu pengambil alihan KFC Holdings dan QSR Brand Berhad di Kelab Media Cina, di sini, baru-baru ini.

Katanya, PAS Johor akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri ini bagi menyampaikan penerangan dengan diketuai oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum setelah rombongan PAS Johor bersama kira-kira 300 penyokongnya bertindak menyerahkan memorandum rakyat kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Abdul Ghani Othman di pekarangan Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya, 26 Januari lepas.

Kandungan memorandum itu turut mendesak supaya Ghani yang juga Pengerusi Jcorp membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.

Gara-gara membawa isu ini ke pengetahuan umum, pada 2 Februari lalu, didakwa kediaman dua tingkat milik, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya II, di Taman Universiti Skudai termasuk dua kereta miliknya terbakar, dipercayai perbuatan khianat.

Sementara itu, Dzulkefly berkata pihaknya mengakui masih menunggu laporan forensik daripada pihak Bomba untuk mengetahui punca kebakaran terbabit, seterusnya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan