Khamis, 16 Februari 2012
Deposit Tetap : Igauan Ngeri Buat Ghani?
Blog Ibn_bacoks
JOHOR BAHRU – Johor yang menjadi stigma kubu kuat UMNO dipercayai tidak lagi boleh dinobatkan sebagai deposit tetap buat Barisan Nasional (BN) setelah kenyataan yang dikeluarkan Datuk Abdul Ghani Othman hari ini seolah menjadi igauan ngeri buat Menteri Besar itu.
Disamping itu, keegoaan beliau semakin terserlah apabila mendakwa Pakatan Rakyat tidak mempunyai pemimpin yang berkualiti dan tidak akan mendapat sokongan rakyat Johor.
Malahan, hasrat PAS meletakkan Salahuddin untuk bertanding di Johor nyata menggusarkan beliau setelah mengatakan kononnya pembangkang hanya bersandarkan keyakinan palsu bahawa masyarakat Cina akan menyokong mereka.
”Oleh itu saya menegaskan agar masyarakat Cina tidak menyokong DAP kerana ia sama seperti memberi kuasa kepada PAS,” ujarnya dipetik Sinar Harian.
Menteri Besar itu dilaporkan sebagai berkata Johor Bukan Deposit Tetap BN di bahagian muka hadapan agensi berita terbabit.
Sementara itu, Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut dilaporkan berkata, beliau akui sukar bagi BN mengekalkan kedudukannya kerana rakyat semakin terbuka dalam membuat penilaian dan tahu siapa yang bertungkus lumus membela nasib mereka.
”Rakyat mahukan terbaik, sekiranya apa yang mereka nampak tidak memuaskan hati, mereka akan kecewa dan akan memilih yang lain,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, gerak kerja pembangkang yang dilihat semakin dekat dengan rakyat sementelahan peranan media alternatif menambahkan lagi kredit pembangkang di mata masyarakat.
”Kalau dua, tiga bulan mereka tidak nampak wakil rakyat dan asyik nampak pembangkang sahaja, itu tidak menjamin kedudukan kita di situ. Rakyat pula kini sudah terdedah dengan pelbagai maklumat terutama di media maya,” katanya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan