Sabtu, 4 Februari 2012

Ghaib Lepas 12 Jam Dipasang. Lagi Angkara Khianat.



SIMPANG RENGGAM – Selepas rakyat Johor digegarkan oleh satu insiden letupan di kediaman Timbalan Pesuruhjaya, Hj. Dzulkefly Ahmed semalam, satu lagi diantara siri sabotaj ke atas PAS oleh pihak tertentu berlaku.
31 Januari lepas, ibn_bacoks ada melaporkan ‘MPPG Amalkan Sikap Pilih Kasih?’ berhubung satu kain rentang yang dipasang oleh petugas BN dalam berkeadaan elok di Pasir Gudang.
Namun hari ini, perkara yang sama berlaku pada banner PAS di Parlimen ini dengan dipercayai dilakukan supaya program itu tidak mendapat sambutan.
”Hanya 12 jam sahaja baner Perlancaran Borang Masalah tanah dipasang di Simpang Renggam, sudah hilang. Inilah tindakan pengecut, kuno dan bodoh,” ujar Sdr. Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menerusi laman facebook rasminya hari ini.
Beliau berkata demikian sempena dengan 
Pelancaran Borang Masalah Tanah Negeri Johor bersama YB Sallahuddin Ayob, Naib Presiden PAS yang dijadualkan berlangsung hari ini, di Kedai Makan Tom Yam, Kampung Paya Mas, Simpang Renggam.
Difahamkan, Parlimen itu adalah antara tempat yang paling banyak berdepan dengan masalah tanah.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkata di kawasan Kempas tempat beliau bertanding, dipercayai perkara seumpama ini tidak berlaku dan suasana di sana sangat baik kerana kononnya mengamalkan cara berpolitik yang sihat.
Sebaliknya, dakwa beliau lagi yang berlaku hanyalah melibatkan orang UMNO kerana mempunyai pemimpin yang tidak sehaluan antara satu sama lain.
”Di Kempas lebih harmoni. Banner PAS boleh letak sebelah UMNO. Banner muka aku boleh letak sebelah muka Jazlan. Tapi muka Datuk Nur Jazlan Mohamed (Ahli Parlimen Pulai) tak boleh letak sebelah Dato’ Osman Sapian (ADUN Kempas).
”Kalau di Kempas, Johor, UMNO yang buang banner YB UMNO,” ujar beliau lagi yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Kempas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan