Ahad, 12 Februari 2012

Isu Wanchak Telah Menunjukkan Perkembangan Positif


PASIR GURANG – Usaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas akhirnya berjaya memecahkan kebuntukan ibu malang  Wanchak Ibrahim, 43, yang mendakwa telah diperdaya seorang wanita berhubung penjagaan anak sejak Mac tahun lalu.
Perkembangan kes ini telah menunjukkan tanda positif apabila pihak Polis bersedia mengaturkan pertemuan Wanchak dengan anaknya Muhammad Ashraf Abdullah, 1 tahun 10 bulan yang didakwa telah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat lain di Kampung Sentosa, dekat sini.
Ibn_bacoks dalam laporannya 7 Fepbruari lepas, Syed Othman Syed Abdullah yang juga ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Johor mengesyaki  ada sindiket pemerdagangan orang dan unsur-unsur penipuan dalam hal jagaan anak.
Malah beliau mempersoalkan tindakan pihak yang disyaki itu kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh menyimpan dan menukar status seorang anak. 
Akhbar Sinar Harian semalam menyiarkan kenyatan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supertindan Mohd. Roslan Zainuddin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dari segala sudut. Supaya semua pihak mendapat keadilam yang sepatutnya.
Kes ini ujarnya akan disiasat di bawah seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang daripada jagaannya yang sah yang boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau denda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan