Ahad, 19 Februari 2012
Terharu Kerana Terima Kunjungan ADUN Maharani
Oleh ibn_bacoks
MUAR – Kekecewaan Seorang warga emas setelah gagal menerima Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) gara-gara permohonannya tidak diluluskan atas faktor usia terubat dengan kunjungan Dr Mohamad Taslim ke rumahnya baru-baru ini.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani bersama PAS Dun tersebut yang melakukan kunjungan itu bercadang untuk membaikinya.
Difahamkan, Tik Ahmad, 82, rumah yang menjadi pusaka peninggalan arwah suaminya kini mencecah hampir 70 tahun telah dibina menggunakan papan terpakai.
Manakala 80 peratus struktur binaannya telah dimakan anai-anai menyebabkan beliau terpaksa menghadapi sebarang kemungkinan.
Malah kebimbangan tidak dapat dielakkan kerana dipercayai ketahanan tiang rumahnya diragui itu boleh menyebabkan roboh pada bila-bila masa dan tidak selamat.
Bagaimanapun, rasa gembira tidak dapat digambarkannya dengan kata-kata kerana harapan untuk memiliki rumah yang lebih sempurna bakal tercapai setelah kunjungan Yang Dipertua Kawasan Muar itu dibuat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan