Sabtu, 18 Februari 2012

Isu Lynas, Pemuda PR Kumpul Tandatangan



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Barisan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) bertindak menubuhkan Solidariti Hentikan Lynas Johor (SLJS) peringkat negeri ini.

SLJS yang merupakan kumpulan yang ditubuhkan semalam mendesak kerajaan memberhentikan serta merta projek Lynas Advenced (Lamp) dan lesen Kendalian Sementara (TOL) yang diberikan, ditarik balik.

Selain bertujuan mengumpulkan seberapa banyak tandatangan di kain rentang yang akan dibawa ke seluruh daerah ini, bahkan seterusnya akan dipasang pada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan 26 Februari depan.

Malahan GLJS menggesa warga Johor agar menjadi masyarakat yang prihatin biarpun kedudukan loji tersebut di bina di Gebeng, Pahang dengan kedudukan 350 kilometer dari Johor Bahru, kerana kesan dan impak daripada ancaman ini tidak berkecuali untuk merebak.

Difahamkan, Himpunan itu dijadualkan berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) dijangka dihadiri lebih kurang 20 000 orang bukan sahaja daripada penduduk tempatan malahan seluruh negara.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam Negara dijemput sama untuk memantau perhimpunan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, ibn_bacoks sebelum ini pernah menyiarkan sekumpulan 46 ahli Suaram dan DAP telah mengadakan protes Lynas di Danga Bay bagi menarik perhatian PM yang kebetulan melakukan lawatan ke Johor baru-baru ini.

Bagaimanapun, kumpulan itu berjaya disuraikan pihak berkuasa tanpa sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan