Sabtu, 18 Februari 2012

SKUAD Jengking : Adakah Hebat Menyamai Dengan Namanya?



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU- Desas-desus bekas pemain antarabangsa Argentina, Gabriel Batistuta dilamar Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ bertiup kencang apabila presidennya,Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membayangkan perpindahan itu seakan tepat kerana perbincangan antara kedua-dua belah pihak pernah diadakan.

Namun, adakah dengan situasi begini boleh mengubah skuad Jengking menjadi sama hebat seperti namanya?

Sebagai langkah awal, perubahan mula dilakukan dengan satu pasukan sahaja yang akan mewakili negeri itu untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Difahamkan, Johor mempunyai empat pasukan bola sepaknya dan hal ini seolah menggambarkan bahawa peminat-peminat bola sepak negeri itu berpecah mengikut pasukan yang diminati.

Justeru, pihaknya akan menggabungkan empat pasukan tadi supaya dapat memastikan skuad yang bergelar Jengking itu bakal menampilkan barisan yang berkualiti mengharungi saingan itu, selain dapat mengukuhkan lagi kewangan persatuan.

”Saya amat dukacita selepas mengetahui ada empat pasukan iaitu Johor, Johor MBJB, Majlis Perbandaran Muar beraksi di Liga Perdana manakala Johor FC di Liga Super,” titah Tunku Mahkota Johor itu yang dipetik Sinar Harian.

Johor pada era 80-an pernah melahirkan pemain yang sama handal di peringkat kebangsaan. Siapa tidak kenal Nasir Yusof, Ismail Ibrahim, Wan Jamak, Lahad Daduk, Tukimen Bahari, Muhiddin Hussein, K Sukumaran dan ramai lagi.

Namun sejak beberapa tahun kegemilangan nama Johor seakan sepi di padang bola tanah air.

Sehubungan itu, dengan transformasi yang dilakukan oleh ikon bola sepak Johor iaitu Tunku Ismail memberi harapan bahawa skuad Jengking mampu mengulangi zaman kegemilangannya dan kini sudahpun menduduki tangga kelapan Liga Perdana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan