Rabu, 8 Februari 2012

Selepas Jatuh Ke Tangan PAS, Lagi Mercu Tanda Buat Maharani



MUAR – Pada Pilihan raya Umum 2008 lalu, PAS Johor telah mencatatkan satu lagi kejutan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Maharani berada didalam genggaman parti Islam itu.
Kemenangan Dr Mohammad Taslim jelas telah menguburkan keangkuhan UMNO BN setelah habis-habisan mempertahankan kononnya kubu kuat mereka.
Namun takdir Allah SWT menentukan bahawa Parlimen Muar telah terlepas ditangan pembangkang, sekaligus menepis dakwaan songsang bahawa pembangkang tidak mungkin boleh bersuara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Darul Takzim ini.
Muar atau sinonim dengan Maharani, sebuah pekan tua. Walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
Hal ini diakui sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sewaktu mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.
Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Bagi rakyat jelata pula, pengisytiharan itu merupakan penghormatan buat mereka dan disifatkan sebagai mercu tanda bandar Muar.
Justeru, disebalik kebanggaan rakyat Muar menerima gelaran baru itu, sudah pastinya UMNO BN berasa tersentak kerana PAS sebagai saingan terdekat mereka terlebih dahulu mencipta mercu tanda yang selama ini tidak termimpi bahawa Maharani boleh terlepas dari tangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan