Khamis, 23 Februari 2012

Isu Penggabungan : Elak Rasuah Bola Sepak Beerleluasa



JOHOR BAHRU : Bukan sahaja rasuah boleh terjebak kepada pengamal politik, malah tidak terkecuali juga bagi dunia bola sepak tanah air.
Bagaimanapun, cadangan Tunku Mahkota Johor mahu mengurangkan pasukan bola sepak negeri ini kepada satu pasukan sahaja dilihat mampu membendung gejala itu hingga ke akar umbi.
Dalam masa yang sama, kualiti pemain dapat dipertingkatkan bagi memajukan sukan bola sepak ini.
Selain itu, dengan mengehadkan jumlah pasukan itu dapat mengumpul ramai pemain berbakat sekaligus menarik perhatian penonton untuk menyaksikan perlawanan di stadium.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan peminat bola sepak tanah air tidak akan melihat aksi dari tiga pasukan kelab dari negeri ini susulan daripada keputusan Presiden baru Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mencadangkan hanya satu pasukan sahaja beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Hal ini berkenaan menyaksikan Tunku Ismail mahu Johor FC, MBJB FC dan Majlis Perbandaran Muar disatukan menjadi pasukan negeri sahaja.
Bagaimanapun, situasi ini menimbulkan banyak perspektif di kalangan pengurus pasukan bola sepak, bekas pemain dan peminat setia bola sepak di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan