Khamis, 16 Februari 2012

Salah Orang Diperbesar, Kelemahan Sendiri Ditutup? Ahmad Maslan Terus Diselar



PONTIAN – ‘Kuman di Seberang Nampak, Gajah Depan Mata Buat Tak Tahu’ ungkapan sebegini mungkin amat sinonim dengan sikap yang dipamerkan Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian, sejak akhir-akhir ini.
Kita sering mendengar, slogan seumpama ‘juara rakyat’ telah di jajanya ke seluruh negara. Kononnya semua yang dilakukan BN cantik di mata, dekat di hati.
Sebaliknya, menyalahkan pembangkang dalam mengurus tadbir merupakan rutin harian tanpa sedikitpun mahu mengakui kesilapan diri.
Walhasil, semua tindakan itu nyata hanya ingin meraih sokongan tanpa nawaitu yang kukuh ingin membantu rakyat secara ikhlas.
Kesal dengan sikap ‘cakap tak serupa bikin’ini, maka Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian mempersoalkan tindakannya itu kerana isu yang melibatkan orang Asli di Kampung Sri Mahkota, Pontian Besar di sini, memerlukan perhatian daripada beliau.
Padahal, kata Ketuanya,Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, media milik merekalah yang menyiarkan isu ini seperti dalam laporan Utusan Malaysia pada 6 Februari lepas seolah-olah membuka pekong di dada.
Semalam, Sinar Harian turut menyiarkan rungutan komuniti itu dengan menggesa pihak berwajib menunaikan janji untuk membina sebuah dewan orang ramai di kampung berkenaan.
Ahmad yang memang handal bermain kata-kata, sehingga dilihat oleh masyarakat Pontian bahawa beliau memang ‘kuat bekerja’ berbanding penyandang kerusi Dun Benut, YB Ir Hasni.
Namun, tambah beliau lagi, ada suara-suara nakal yang terkeluar dari mulut ke mulut malah menjadi stigma di mana kerjanya didakwa hanyalah ‘pasang banner’ dan bina pintu gerbang seolah-olah kedua-duanya itu lebih banyak berbanding jumlah penduduk di situ.
Ibn_bacoks dalam laporannya pada 7 Februari lepas, menyiarkan bagaimana desakan DPPK Pontian telah dibuat melalui ketuanya supaya Ahmad Maslan segera menangani isu tersebut.
”Kita ingatkan, setelah keluar dekat Utusan, isu ini selesai. Namun, saya terkejut bila Sinar Harian keluarkan lagi berita itu semalam,” ujar Faizul ketika dihubungi sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan