Isnin, 6 Februari 2012

GHANI Gempur MUAR-BAKRI, Petanda PRU Semakin Dekat?


BAKRI – Menteri Besar, Y.A.B Datuk Abdul Ghani Othman dipercayai telah memperkemaskan jenteranya dan merancang beberapa strategi bagi menghadapi pembangkang di negeri ini.

Terbaru, beliau menyasarkan kawasan yang dikuasai pembangkang seperti di Parlimen Bakri yang turut menempat DUN Bukit Naning yang disandang BN Datuk Abdullah Ali dan DUN Sg Abong daripada PAS Dr Sheikh Ibrahim, manakala, Parlimen Muar pula iaitu Dun Bentayan dan Maharani dalam program turun padang selama 3 hari di daerah itu.
Parlimen Bakri dan Muar disifatkan sebagai kubu kuat pembangkang setelah memperlihatkan Kemenangan DAP di Parlimen Bakri diperoleh Er Teck Hwa yang menewaskan Tay Puay Chuan dengan majoriti 722 undi. Teck Hwa memperoleh 21,051 undi berbanding Puay Chuan dengan 20,329 undi.
DUN Bentayan yang berada di Parlimen Muar pula mencapai kejayaan apabila calonnya, Gwee Tong Hiang yang memperoleh 9,118 undi menewaskan calon BN, Lee Ching Yong yang mendapat 6,322 undi.
Manakala Dr. Mohammad Taslim daripada PAS telah menumbangkan penyandang kerusi Maharani, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah dengan majoriti 158 undi.
Semalam, Utusan melaporkan Pengerusi BN negeri itu telah menerima satu memorandum daripada 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Bakri menggesa supaya kemudahan sedia ada dinaik taraf atau dibina yang baru terutama yang mengalami kerosakan.
Beliau dilaporkan berkata, pihak bertanggungjawab perlu menyelesaikan masalah penduduk sebelum pilihan raya umum akan datang dan segala permasalahan telah didengari secara terus sepanjang lawatannya selama tiga hari ke Bakri.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor katanya, akan terus menyalur peruntukan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan yang memerlukan.
“Kita telah lakukan banyak pembangunan di sini dan berharap penduduk akan menghargai jasa kerajaan dengan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya dipetik Utusan.com.my hari ini.
Dengan kenyataan Ghani ini sekaligus menguatkan ramalan bahawa PRU-13 semakin dekat dan mereka kini sedang dalam usaha merampas kembali Parlimen Bakri serta dua lagi di dua Dun yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan