Selasa, 21 Februari 2012

Dipindahkan Sejauh 250km : Lagi Mangsa Politik Bagi Pemerintah Yang Rakus



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Cikgu Normala Sudirman, bekas Calon PAS Pilihan raya Kecil Dun Tenang, mempertikai tindakan pihak yang mengarahkan suaminya ditukar kerana mendakwa tiada alasan yang munasabah dan tanpa keperluan perkhidmatan berhubung soal perpindahan itu.

Katanya lagi, Cikgu Maarof menjadi mangsa politik setelah dipindahkan ke sebuah sekolah menengah di Tanjung Pengelih, Pengerang yang jaraknya kira-kira 250km dari rumahnya di Labis, Segamat.

Perkara yang melibatkan keluarganya itu katanya, menggambarkan, golongan pemerintah mahu menjajah minda golongan pendidik, dibuat dengan harapan para guru boleh menjadi perkakas atau alat kepentingan politik mereka.

”Minda guru dikongkong. Jadi mangsa politik. Guru dibayar gaji oleh rakyat bukan poket kerajaan UMNO-BN.

”Sebab itu, jangan jadikan mereka perkakas atau alat untuk UMNO.

”Guru perlu ada minda merdeka. Beri peluang fokus kepada tugas,” jelasnya lagi yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis.

Sehubungan itu, beliau berazam mahu memperjuangkan nasib guru yang ditindas dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang akan digerakkannya ke seluruh negara selain memperjuangkan kebajikan guru yang dakwanya telah dipinggirkan.

”NGO ini merupakan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan antara objektifnya iaitu sebagai wadah gerakan kesedaran warga pendidik.

”Selain itu ingin menyatukan golongan ini agar tuntutan dan isu-isu pendidikan didengari. Malah kita ingin memperjuangkan hak mereka kerana inilah (NGO) saluran terbaik buat mereka,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, dekat sini, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan