Isnin, 13 Februari 2012

Pengusaha Kuil dan Penduduk Bakal Bertemu? : Suhaizan Turun Padang


SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung gangguan asap dari tempat ibadah yang didakwa mengganggu ketenteraman orang ramai yang membabitkan Pengusaha Kuil di Dun Layang-layang, di sini.
Usaha ini dilakukan, kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku dan sebarang unsur yang boleh membawa kepada perbalahan kaum perlulah dielakkan.
Menurut Ketuanya Suhaizan Kaiat, setelah menerima aduan daripada penduduk, pihaknya terus mengadakan pertemuan dengan Pengusaha Kuil terbabit dan akhirnya kata sepakat diperolehi supaya perbincangan kedua belah pihak diadakan dalam masa terdekat ini.
“Baru selesai jumpa Pengurus kuil di Layang-layang. Ada komplain daripada penduduk. Akhirnya bersetuju buat pertemuan Muhibah kedua-dua kumpulan.
“Komplen pasal kuil itu ganggu penduduk. Asap kuil ganggu penduduk,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ibn_bacoks difahamkan, isu ini sepatutnya dikemukakan kepada Majlis Daerah Simpang Renggam, namun ia ditangguhkan kerana dipercayai Suhaizan mampu mencari penyelesaian ekoran pertemuan muhibbah itu nanti.
“Mengikut jadual saya akan bertemu dengan pihak Majlis Daerah Simpang Renggam pagi ini berkaitan isu aduan kuil dilayang-layang. Pihak kuil setuju untuk pertemuan muhibbah maka saya tangguhkan dahulu pertemuan.
“Kita buat pertemuan muhibah dahulu. Jika gagal baru rujuk pada Majlis Daerah. Tapi saya yakin mampu didamaikan,” ujar beliau menerusi laman rasmi facebooknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan