Rabu, 22 Februari 2012

DHPP Menyertai Kempen Tolak EDL



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersama 9 badan Bukan kerajaan (NGO) yang lain telah menggerakkan Kempen Tolak EDL dengan diketuai oleh PKR Johor.

Spekulasi mengenai cadangan kadar tol Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) telah menarik perhatian umum untuk mengadakan bantahan.

Antara yang terlibat termasuklah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Persatuan Penjaja Bergerak Johor Jaya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Persatuan Anak Bangsa Malaysia dan lain-lain.

Menurut Pengerusi Kempennya, Stevwen Choong Yoon, kempen ini bukanlah berunsur politik tetapi sebenarnya sebuah gerakan berikutan kebimbangan dengan khabar angin kadar caj tol yang mencecah RM6.20 sehala adalah tinggi.

EDL dipercayai menimbulkan kegelisahan banyak pihak kerana sebelum ini pengguna hanya perlu membayar RM2.90 untuk pergi ke tempat kerja mereka di Singapura.

Namun dasas-desus kenaikan itu bertiup kencang apabila kadar itu dikatakan sehingga mencecah RM6.20 menyebabkan pengguna perlu bayar kira-kira RM12.40 sehari bagi laluan EDL sahaja dan ini belum termasuk bayaran tol lain.

Sehubungan itu, kadar caj tol berkenaan dikekalkan seperti yang dikenakan sebelum ini supaya tidak membebankan mana-mana pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan