Khamis, 31 Mei 2012

Cerita Disebalik Kesan Durian Runtuh


Blog Ibn75.wordpress.com

KULAIJAYA- “Ada anak peneroka sanggup curi ic ibunya dan pergi ambik duit 5k kat pejabat Felda. Sanggup tipu katakn dia paling layak dpt duit sbb kononnya ibu dah meninggal dunia. Walhal ibunya masih hidup,” Demikian cerita Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat di laman facebooknya.

Katanya lagi, Selain daripada pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kepada warga Felda baru-baru ini, kisah yang dikaitkan dengan isu borang pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) tidak kurang menariknya.

“Ada kes seorang anak peneroka yg tinggal menjaga ibunya yg uzur dihalau keluar oleh abangnya yg sulong hanya kerana si adik tak mahu sign borang pinjaman. Ada pula isteri yg kuat Umno mintak cerai dgn suaminya kerana sisuami tak mahu sign borang pinjaman.

“Ada kes saya dihubungi tengah mlm adik beradik yg emak bapaknya dah meninggal dunia sedang bergaduh smpai bertumbuk gara2 tak puashati pengagihan duit 5k tu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mazlan yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Johor berkata, akibat pemberian RM5000 itu juga beliau dilemparkan dengan pelbagai fitnah kononnya wang tersebut telahpun diselewengkannya.

“Di sebarkan cek yg mak saya terima dan saya pulun semuanya. Hatta gambar mak mertua saya dgn YB Halimah Sadiq, MP Tenggara dijaja dlm blog, fb dll.

“Saya dah lali dgn fitnah. Bukan setahun dua saya di keji, maki hamun, fitnah dsbnya. 20 tahun saya lalui. TERIMAKASIH kpd orang yg fitnah saya, Alhamdulillah, bnyk pahala saya dapat.

“Mak saya masih hidup. Paling rapat dgn dia, walaupun saya sibuk. Mak saya boleh jelaskan segala2nya.

“Semangat saya dan rakan2 bertambah kuat. Makin di fitnah, lagi terangsang berusaha jatuhkan BN. Kpd mereka yg buat fitnah, termasuk mendakwa kawan baik saya, sekampung dgn saya, saudara saya…teruskan usaha anda jika ianya menambah pahala anda semua. Saya hanya berserah kpd Allah… Allah beserta dengan org2 benar,” katanya lagi.

Rabu, 30 Mei 2012

Badrul Amin Gemparkan Benut Dengan "TOLAK FITNAH"

Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN - Ceramah Isu Semasa Menolak Fitnah daripada Ustaz Dr Badrul Amin Bahron, Pengarah Penerangan Menteri Besar Selangor di pekarangan Unit Peti Undi (UPU) Parit Abdul Rahman, Benut, dekat sini. baru-baru ini.

Turut hadir, M Subramaniam, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Johor, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR)  Zon Benut.

Berikut gambar-gambar dirakam oleh Juru Gambar Mtd-Benut.Blogspot.com, Nadrah Ismail pada program tersebut.




































Isu Projek RAPID Di Pengerang ; Lynas ke 2?



Oleh Ibn_bacoks

KULAIJAYA – Sallahuddin Ayub, Naib Presiden PAS membayangkan isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau RAPID bakal meledak dan akan menjadi Lynas ke 2.
Dalam pada itu, kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan membawakan isu ini ke tengah boleh memberi melonjakkan sokongan orang Melayu sehingga ke paras 80 peratus kepada Pakatan Rakyat (PR).

”Pemuda telah menjuarai isu tanah dalam masa tiga bulan ini. Kalau berjaya mainkan isu tentang RAPID di Pengerang, ia adalah Lynas ke 2 dan ia boleh melonjakkan sokongan orang Melayu sekitar 80 peratus kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya lagi.

Isu ini mula mendapat perhatian apabila para penduduk menyatakan bantahannya dengan menghantar memorandum kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Menteri Besar Johor, Perdana Menteri dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) malahan referendum kepada sidang Parlimen turut dilakukan.

Bagaimanapun, suara rakyat masih tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan didakwa kerajaan UMNO lebih berminat dalam menyentuh isu pembangunan dan keuntungan ekonomi negara berbanding nasib dan masa depan penduduk yang masih tiada kepastian.

Malahan, satu badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Gabungan NGO Pengerang ditubuhkan bagi menyuarakan bantahan dan membuat lapan tuntutan berkaitan ketelusan dan jaminan hak penduduk.

Antaranya ialah rampas tanah, rampas alam sekitar, rampas budaya, rampas tanah kubur, rampas rumah, rampas wang pampasan, rampas punca ekonomi dan rampas hukum faraid.

Sehubungan itu, satu himpunan telah berjaya diadakan pada 26 Mei lepas di Pekan Sungai Kapal dekat sini bagi mengumpulkan mangsa-mangsa yang tertindas.

PAS Benut Sanggah Kenyataan Ahmad Maslan


Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN – PAS Dewan Undangan Negeri (Kawasan) Benut, Pontian menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian berhubung gerakan dakwah yang dilakukan PAS dianggap tidak menyeluruh, kata Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

”Ahmad Maslan menyatakan demikian ketika memberikan ucapan pada majlis sambutan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 13, bagi Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Johor, Pontian 19 Mei lepas.

”Dalam kenyataannya itu, beliau menyebut seolah-olah PAS tiada kerja lain selain hanya berceramah siang dan malam malangnya orang bukan Islam tidak didakwahnya.

”Suka ditegaskan di sini, PAS peringkat Parlimen Pontian telah mempunyai kira-kira 30 ahli di kalangan orang bukan Islam dengan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) peringkat Pontian.

”Disamping itu, aktiviti dakwah kami turut disertai oleh anggota bukan Islam seperti program Kuliah, ceramah dan lain-lain,” katanya lagi,

Malahan, kata beliau lagi, PAS Pontian kerap mengadakan lawatan ke rumah-rumah orang bukan Islam seperti lawatan sempena kematian bagi tujuan berdakwah ke atas kaum tersebut.
Sehubungan itu, Pihaknya meminta Ahmad menarik balik kenyataannya itu kerana ia tidak disokong dengan fakta yang benar.

Manakala kenyataan itu beliau sifatkan sebagai satu usaha memburuk-burukkan PAS yang selama ini terbukti sebagai parti yang berusaha melebarkan dakwah Islamiah kepada masyarakat dalam negara ini

Isnin, 28 Mei 2012

Peranan Penulis Blogger. KEPEKAAN Itu Penting


Blog Ibn75.wordpress.com

AYER HITAM – Sasterawan muda, Amni Jagat berpendapat bahawa bagi memikat hati para pembaca dalam dunia maklumat di hujung jari ini maka para penulis harus mempunyai daya kepekaan yang mendalam.

Katanya lagi, keprihatinan itu pula harus bersama dengan tahap kepekaan yang terarah kepada Kepelbagaian bidang lebih-lebih lagi manusia kini sudah bijak menilai sesuatu maklumat yang disampaikan.

Sehubungan itu, tambahnya lagi, pembacaan kepada kepelbagaian maklumat mampu menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh para penulis hari ini.

”Penulis perlu banyak kepekaan. Peka kepada semua keadaan. Nak banyakkan maklumat adalah dengan pembacaan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Taklimatnya pada program Seminar Media Baru dan Bengkel ICT anjuran Lajnah IT Badan Pehubungan PAS Negeri Johor, di Bangunan PAS Kawasan Ayer Hitam, Taman Suria, dekat sini, baru-baru ini.

Turut menyampaikan taklimat penerangan yang membabitkan media baru ialah editor di Nusajayakini dan pembantu webmaster di portal berita Selatan Online.

Pada majlis yang sama, para peserta dialu-alukan menghantar sebarang berita dan maklumat aktiviti di kawasan masing-masing kepada kedua medium terbabit bagi menyampaikan maklumat terus kepada masyarakat dengan lebih praktikal.

Ahad, 27 Mei 2012

Himpunan TANAH Naik Semangat Juang

Oleh ibn_bacoks

KULAIJAYA – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) Suhaizan Kaiat memberitahu Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) yang diadakan di pekarangan pusat beli belah Plaza Angsana akhir bulan lepas berjaya menaikkan semangat juang untuk menawan Nusajaya.

Beliau berkata, walaupun himpunan itu dianggap tidak berjaya oleh sesetengah pihak namun baginya TANAH berupaya menyuntik komitmen yang lebih padu dan tahan diuji.

”Momentum daripada BERSIH 3.0. Tak pernah dalam sejarah di Johor lepas merdeka 5000 orang berjaya dikumpulkan di Dataran Bandaraya.

”Himpunan TANAH, walaupun tiada pimpinan besar datang seperti Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hj Abdul Hadi, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tapi tetap dapat buat himpunan besar lebih 2000 orang.

”Itulah kejayaan dan ia merupakan komitmen untuk diuji. Benar, himpunan ini dapat naikkan semangat petugas-petugas. Tahniah diatas kejayaan ini.

”Dulu himpunan membantah IFC 300 orang sahaja dah dianggap berjaya, apa tah lagi 3000 orang seperti TANAH,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 40 dekat sini, baru-baru ini.

Jumaat, 25 Mei 2012

PAS Berjaya Robohkan Stigma 3P



Oleh ibn_bacoks

KULAIJAYA – PAS hari ini dilihat jauh terkehadapan dalam mendapatkan sokongan masyarakat terutamanya bukan Islam kerana berjaya membuang stigma 3P iaitu Pondok, Padi dan PAS suatu ketika dahulu cukup terkenal di bahagian utara dan pantai timur semenanjung.

Bagaimanapun Sallahuddin Ayub berkata kejayaan yang dikecapi ini akibat daripada pendekatan dinamik yang diguna pakai sehingga memikat kaum tersebut berjinak-jinak dengan parti Islam itu.

Walaupun PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tambahnya lagi, dasar dan prinsip tetap dipertahankan dan ia tidak sekali-kali menggadaikannya dengan harga yang murah.

”Bila mula dapat kejayaan kerana orang bukan Islam menyokong kita, mereka mula beri keyakinan dan nak menangkan PAS.

”Dulu, UMNO tak risau. Biarkanlah PAS kuat di Kelantan kerana mereka fikir PAS tidak boleh tersebar di tempat yang ada bukan Islam.

”Bagaimanapun, (ia meleset) pakar-pakar strategi berpendapat itu adalah fenomena yang berlaku dalam waktu terdekat ini. Hari ini, kita jadi rakan terbaik kepada mereka. Malah berjaya merobohkan tembok pemikiran dengan masyarakat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sallahuddin turut menambah resepi keberhasilan seperti yang dikecapi kini kerana PAS telah menterjemahkan sifat benar, amanah, tabligh dan fatonah yang dimiliki Nabi Muhammad saw dalam mengurus hubungan dengan pihak terbabit.

”(ini hasil) pemuda buat perubahan. Dulu kita takut nak makan malam dengan DAP. Takut dihidangkan arak.

”Sebab itu kita dipercayai. Dulu Cina takut dengan PAS. Kenapa? (sebab) tak kenal maka tak cinta.

”(Kerana) kita tidak pernah tipu Cina dan India. Islam ajar apa yang terkandung dalam peribadi Nabi saw yang memiliki sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Sifat inilah yang perlu dimiliki pemuda untuk lahirkan pemimpin di masa hadapan,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, dekat sini, baru-baru ini.

PAS Berjaya Robohkan Stigma 3P




Oleh ibn_bacoks

MERSING – “Sahabatku, Allah adalah Tuhan Yang Maha Kaya. Berat sungguh ujianmu, menandakan hebat sungguh keberadaanmu di sisi Allah swt. Sabar dan thabat. Jangan putus asa, teruskan berjuang dan merawat. Allah bersama hambaNya yang sabar,” demikian kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan berupa ugutan daripada makhluk halus yang diterima oleh Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) yang  kini diuji Allah swt setelah anak lelakinya dipercayai disihir pada peringkat ke dua.

Sementara itu, Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat dalam respon ringkasnya menyebut, dunia politik tanah air hari ini sudah setanding dengan negara-negara maju, malangnya pendekatan yang sudah jauh ketinggalan seperti kejadian yang menimpa ustaz Azam masih lagi dikesan di negara ini.

“Orang dah maju politik gunakan hujah dalam debat untuk berlawan. Orang tak maju politik guna sihir untuk berlawan,” katanya lagi.

Ustaz Azam menghadapi ujian ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatannya sebagai ahli politik yang lantang bersuara telah mengundang rasa tidak selesa pihak tertentu dengan pembabitannya selama ini.

Difahamkan, pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 minggu lepas, para perwakilan telah dikejutkan dengan ketidakhadirannya ke majlis tersebut setelah peristiwa itu didedahkan oleh Suhaizan.

Selain itu, Suhaizan dilaporkan berkata, Salleh Tamjis turut diuji apabila doktor mengesahkan isterinya mengidap kanser tahap ke dua, juga merupakan exco DPPNJ.

Dalam pada itu, Suhaizan ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar tersebut telah menyebut ramai lagi dikalangan pimpinan negeri ini terlibat dengan sabotaj pihak tertentu seperti Mazlan Aliman, Ajk PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Rozali Jamil, AJK Dewan Harian Dewan Ulamak PAS Johor nyata membenarkan lagi bahawa perjuangan PAS adalah berada di landasan yang benar dan petanda Nusajaya bakal ditakluki dalam pilihan raya umum (PRU 13) kelak.

Khamis, 24 Mei 2012

RM1,000 Untuk Berkahwin : Antara Tawaran PR JOHOR



Oleh Ibn75.wordpress.com

KULAIJAYA – Sebagai usaha untuk mendekati pengundi muda, cadangan pemberian RM1000 untuk insentif perkahwinan pertama bakal diterjemahkan sekiranya rakyat Johor memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) kelak.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pengundi muda di Johor antara golongan yang paling ramai mendaftar sebagai pemilih baru apabila sejumlah 380,000 telahpun dikenalpasti.

”Tanggungjawab kita adalah untuk dekati mereka yang berumur 25 hingga 40 tahun. Ini (Kerja) bukan tanggungjawab (Badan) perhubungan (PAS Negeri Johor), bukan kerja (Dewan) Muslimat. Dekati mereka hingga yakin kepada kita,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu katanya, dengan menguasai dan memberi penjelasan semaksimum mungkin kepada golongan itu disamping pelbagai tawaran dibuat bagi memikat anak muda maka ia mampu melakarkan satu perubahan dan kejayaan di negeri yang bersitgma kubu kuat UMNO-BN ini.

”Kita membuat tawaran kepada anak muda seperti RM1000 insentif perkahwinan pertama, Wifi percuma di bandar-bandar, Tabung Belia Niaga, RM1000 insentif apabila masuk universiti (IPT), Tabung anak emas Johor dengan pemberian RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan dan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan ini apabila berjaya kuasai Nusajaya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pada majlis itu juga Suhaizan menyarankan kepada ahlinya supaya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dengan melipatgandakan amalan rutin sebagai pejuang Islam.

”Bila nak kuasai ‘ghairah’ ke Nusajaya maka saya sarankan tingkatkan hubungan dengan Allah supaya dapat reda Allah. Jangan lupa asas ini. Kita adalah pejuang,” katanya lagi.

Wang Petronas : Ke Mana Perginya?



Oleh Ibn75.wordpress.com

PASIR GUDANG – Ada sesuatu perkara yang cuba dirahsiakan oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan UMNO Malaysia menyebabkan beliau gagal mematahkan salah satu soalan daripada Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR berhubung wang Petronas yang berjumlah RM237 billion di zaman bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada pentas Debat PTPTN semalam, kata Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas.

”Khairy Jamaluddin (KJ) tidak menjawab ke mana perginya wang Petronas yang diambil sewaktu beliau menjadi penasihat kepada bapa mentuanya jadi PM dulu RM237 billion. Kenapa KJ tidak menjawab atau ada rahsia besar?” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor pula berharap kejadian provokasi yang dikesan di negeri ini dapat dipadamkan disebalik debat yang dianjurkan semalam.

”Selepas debat Rafizi dan Khairy ini, diharap tiada lagi politik senam punggung, berniaga burger depan rumah orang, halang orang datang ceramah, santau-santau dan sihir-sihir. Di Johor ramai pimpinan PAS yang disihir,” katanya kagi

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berkenaan lebih 500 pembaca setia akhbar itu memenuhi Auditorium Kumpulan Media Karangkraf bagi menyaksikan Debat Sinar Harian : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, semalam.

Debat dipengerusikan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Dr Maszlee Malik menemukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Walaupun dibawakan secara langsung melalui Astro Awani, TV Internet The Malaysian observer dan Radio Bernama 24, namun dewan tetap padat dengan penyokong kedua-dua pendebat.

Dalam pada itu, pertemuan kedua tokoh muda itu di pentas Debat Sinar Harian semala membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air ke arah politik yang lebih matang dan bertamadun.

Disamping itu, kedua pihak bersetuju pentingnya kerangka pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinilai semula untuk manfaat jangka panjang mahasiswa.

Rabu, 23 Mei 2012

Isu Muzakarah : UMNO Ibarat Muka Yang Tidak Tahu Malu



Oleh ibn_bacoks

KULAIJAYA – UMNO disifatkan seperti ‘Muka yang tidak tahu malu’ oleh YB Sallahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berhubung soal muzakarah yang hebat diperkatakan di media-media massa akhir-akhir ini.

Katanya, muzakarah boleh diadakan bagaimanapun waktu yang sesuai untuk dibincangkan adalah selepas Pilihan raya Umum (PRU 13) nanti.

Sallahuddin mendakwa, sejak sekian lama PAS membuka ruang perbincangan dan musyawarah bagi menyelesaikan masalah berkaitan umat Islam namun UMNO memberikan sambutan dingin kepada pelawaan itu.

”(Walaupun) Dahulu kita ajak muzakarah dan debat kerana mereka yakin PAS tidak boleh pergi (tidak akan mendapat sokongan rakyat).

”Hari ini, orang Cina bukan setakat pakai baju malah bendera PAS sekali. Ini yang menakutkan mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Dr Boo Cheng Hau, Ketua Pembangkang DUN Johor, Nazri Ismail, Ketua AMK PKR Johor.

Akhbar sebelum ini menyiarkan isu muzakarah apabila Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS ditanya mengenai dakwaan mengatakan PAS tersasar dari perjuangan asal dan kemudiannya bertegas parti itu bersedia ‘membuka pintu’ memberi penjelasan kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, isu ini telah membuka mata banyak pihak terutamanya UMNO sehingga ia menjadi satu perbincangan hangat dan pertikaian mutakhir ini.

Dalam pada itu, Hj Abdul Hadi dalam kenyataan semalam menegaskan perkataan muzakarah adalah perbincangan atau penjelasan namun ia telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak bahawa PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO.

Isu Muzakarah, Kenyataan Ahmad Maslan Dipersoal

Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut mempersoalkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berhubung perpaduan yang diidamkan UMNO adakah menjurus kepada acuan Islam atau Melayu dalam isu Muzakarah.

Penyelianya, Ustaz Atan Gombang turut mempersoalkan pendirian UMNO berkenaan isu hudud yang jelas katanya masih kabur sama ada menyokong mahupun menolak sistem perundangan Islam itu.

”Nak tanya pasal perpaduan atas dasar Islam atau Melayu? Di mana umno masa Tv3  siar Karpal Sing tolak hudud, manakala Hj Hadi Awang mahu hudud. UMNO di mana? Apa pendirian atau duduk tengah-tengah. Inilah wajah UMNO. Hudud persekutuan bukan negeri. Ini mesej kepada Ahmad Maslan yang sekarang tak dijawab,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad yang ingin merealisasikan kerjasama diantara PAS dan UMNO disebalik isu muzakarah.

Ahmad dilaporkan berkata, tidak pernah perpaduan itu merugikan dan tidak pernah perpecahan itu menguntungkan.

Ahli Parlimen itu menambah, akibat perpecahan umat Islam negara kita bakal diurus tadbir dikalangan bukan Islam.

Selasa, 22 Mei 2012

Ujian : Bukti Perjuangan PAS Benar


Oleh ibn_bacoks

KULAIJAYA – Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) membayangkan bahawa disebalik pelbagai ujian yang dihadapi para pejuang merupakan antara pra syarat kepada kejayaan dan perjuangan PAS berada di landasan yang benar.

Katanya, ramai dikalangan pimpinan PAS telah diuji dengan ancaman, ugutan, penyakit dan sihir namun baginya itulah nilai yang harus dibayar oleh para pejuang dalam parti Islam itu.

”Ada sahabat diuji seperti Hj. Dzulkefly Ahmad yang lantang membongkar isu KFC, rumah dibom, disihir dan mendapat penyakit kronik.

”Mazlan Aliman, yang lantang memperjuangkan isu Tanah, rumahnya disimbah cat merah. Begitu juga dengan Ustaz Rozali Jamil, dari Dewan Ulamak juga terkena sihir. Dia tak dapat teruskan dakwah kerana ada perkara tak elok yang menimpa beliau.

”Ustaz Azam (Razak) Timbalan Ketua pemuda. Sangat aktif dalam tarbiah. Sekarang tak hadir kerana anak disihir bagi round ke dua. Ini untuk bunuh anaknya pula. Pengorbanan beliau cukup besar.

”Begitu juga, Salleh Tamjis, Exco Pemuda. Isteri terlantar sakit kerana disahkan mengidap kanser tahap ke dua. Inilah bayaran yang dibuat untuk perjuangan,” tegasnya lagi.

Beliau berkata, petanda Pakatan Rakyat (PR) semakin hampir untuk menguasai Nusajaya setelah kenyataan Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-malaysia (AMCHAM), Fui K. Soong menjangkakan Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada pilihan raya Umum (PRU 13) melimpah sehinggan Melaka dan Negeri Sembilan.

Selain itu, sosio-politik di negeri ini mempunyai sedikit persamaan dengan Selangor sedikit sebanyak telah membuka minda rakyat untuk melakukan perubahan.

”Malahan, kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak dan pemimpin zalim Timur tengah ‘Arab Spring’ boleh jatuh, apalagi pemimpin cicak mengkarung UMNO dalam negara ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40, di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, ahad lepas.

Pemuda PAS Perlu Bergelar ‘Ilmuan’


Oleh ibn_bacoks

KULAIJAYA – Ahli-ahli pemuda PAS di seluruh negara diingatkan supaya memperlengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan maklumat bagi memenuhi piawaian sebagai pejuang tulen yang bijaksana.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS katanya pelbagai halangan dan ujian mampu ditangani dengan baik apabila kelompok itu mendalami peristiwa dan sejarah lalu disamping ia menjadi bekalan bagi meneruskan perjuangan ke hadapan.

”Ramai yang dianugerahkan syuhadah. Itulah kejayaannya. Maka kitalah yang jadi penyambungnya. Pentingnya baca sejarah.

”Kerana ia (perjuangan) dibina atas keringat darah pejuang terdahulu. Jangan mendabik dada yang kita ini hebat. Lebih-lebih lagi yang ada Ph D. Ke mana dia sekarang?. Maka, harus belajar sejarah untuk pandu arah hadapan kita,” katanya lagi.

Beliau turut menambah dengan memberikan satu analogi mudah iaitu mengibaratkan seorang pejuang seperti pelumba kereta Formula 1.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, walaupun kehebatan pelumba itu telah terbukti namun dia tetap berhati-hati dengan sentiasa memandang belakang melalui cermin pandang belakang.

”Justeru, sifat perjuangan ini jauh, panjang dan penat. Oleh itu, ia dilatih supaya tahan diuji sama ada mental dan rohani dari ancaman musuh,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 dekat sini, ahad lepas.

Isnin, 21 Mei 2012

Kuasai Nusajaya – Suhaizan


Oleh ibn_bacoks

KULAIJAYA – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dilihat begitu komited bekerja untuk menawan Nusajaya setelah ucaptama ketuanya diperbahaskan pada majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 dekat sini dengan berpaksikan ‘Kuasai Nusajaya’ berjaya menarik perhatian para pimpinan Pakatan Rakyat (PR), perwakilan, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media,

Bercakap kepada para muktamirin, Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata ada empat agenda utama yang diberi tumpuan oleh sayap kanan PAS Johor itu menjelang Pilihan raya Umum (PRU 13) nanti.

”Suka ingin saya tegaskan, tugas pemuda Johor dalam PRU 1 ialah Pengurusan media baru dan media konvensional bagi tujuan promosi calon, semarakkan aktiviti anak muda bagi tujuan mendekati golongan itu melalui aktiviti kegemaran mereka.

”Disamping itu, penyelidikan bagi tujuan memahami kecenderungan politik masyarakat setempat dan K10 bertujuan menggerakkan kempen dan kawalan pengundi secara sistematik,” katanya lagi di IOI Palm Villa Golf & Country Resort Bandar Putra, Kulai, di sini, semalam.

Hadir sama, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Hj Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Nazri Ismail, ketua AMK PKR Johor, Johari Osman, Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM), Norhayati Bachok, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Wakil NGO Suaram, Rakan Rakyat Tertindas Pengerang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Setinggan Kempas dan anak muda mahasiswa GAMIS.

Sementara itu, Salahuddin Ayub telah diberi penghormatan untuk memeriksa pembarisan lebih 50 anggota Jabatan Amal Johor sebelum menyempurnakan perasmian Muktamar.

Pada majlis yang sama, Salahuddin turut menyampaikan anugerah perlantikan pangkat kepada empat daripada anggota Amal iaitu Mohd Zaki Abd Kadir, Nor Azrin Sakib, Nor Azhar Atan dan Idris Jiat.

Sepanjang sesi perbahasan ucaptama, Pengerusi Tetap, Jamaluddin Hussin telah berjaya mencuit hati para perawakilan kerana menggamatkan suasana disebalik gelagatnya yang ligat melontar kata-kata lucu dan petah berpantun.

Majlis yang berakhir jam 7.00 malam itu nyata memiliki semangat juang sebagai persediaan kepada ahlinya dan pecutan terakhir bagi melangsaikan agenda ke arah membebaskan pentadbiran Nusajaya daripada kebobrokan kuasa UMNO-Barisan Nasional.

Pemuda Perlu Kuasai Media Baru


Oleh ibn_bacoks

KULAIJAYA – Pemuda PAS disaran supaya mampu menguasai media baru bagi menyakinkan masyarakat tentang peranan PAS sebagai satu gerakan politik dan dakwah kerana ia selari dengan perkembangan semasa.

”Media baru adalah kerja Pemuda. Itu hari ini kerana ia selari dengan arus tersebut,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, dekat sini, semalam.

Katanya lagi, keikhlasan merupakan asas kepada perjuangan bagi mengelak daripada mudah gugur dan ‘letih’ dipertengahan jalan.

”Dato’ Hassan Ali. Datang tempat saya berceramah di Benut, Pontian. Yang panggil (Datuk) Ahmad Maslan. Kenapa jadi begitu?.

”Kerja kena ada motivasi dan kerja kena ada ikhlas. Kalau bekerja kerana orang lain, kita akan letih, bukan kerana Allah.

”Dalam PAS bukan mata benda yang dicari tapi keikhlasan. Mudah-mudahan diberkati. Saya teringat 12 tahun lepas sewaktu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Berceramah di Kota Tinggi. Tol Guru kata, kalau baca Quran, Allah akan turunkan Malaikat rahmat.

”Kerja kita nak terjemahkan quran dalam masyarakat walaupun kerja tampal poster. Sekalipun guna facebook untuk yakinkan masyarakat,” tegas beliau lagi.

Sabtu, 19 Mei 2012

SMS Ugutan Diterima, Lagi Tindakan Tidak Bertamadun Dikesan

Oleh Ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Satu lagi siri provokasi diterima oleh penyokong Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila dua ahli PKR Cabang Pengerang menerima dua pesanan khidmat ringkas (SMS) berbaur ugutan.

Tindakan tidak bertamadun itu diterima daripada individu yang tidak dikenali dipercayai mempunyai hubungan dengan kegiatan mereka dalam isu bantahan mengenai pengambilan tanah yang hangat di Pengerang, Kota Tinggi.

Kedua-dua SMS itu telah ditinggalkan kepada Yahya Mas Piie, Naib Pengerusi PKR Cabang Pengerang dan Taufiq Tahir, Setiausaha PKR Cabang Pengerang pada ahad lalu jam 12.48 tengah malam daripada dua nombor yang berlainan.

SMS itu berbunyi : Ini aktiviti UMNO, jangan buat kacau, kalau tak majlis Anwar 25 Mei ini akan huru-hara dan kalau nak rumah kau kena bakar malam esok, cubalah buat sabotaj malam esok.

Yahya dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, dia berharap perkara ini disiasat segera kerana bimbang keselamatan diri.

Sementara itu, Taufiq turut dilaporkan berkata, dia menganggap SMS tersebut sebagai provokasi untuk menakut-nakutkan mereka.

DISKUSI KITAB : Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

Oleh Ibn_bacoks

AKIDAH yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya.

Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

Untuk menjadikan akidah saya benar-benar diiktiraf sebagai akidah seorang Muslim, saya mestilah :

1) Mengimani dan menyakini bahawa pencipta alam ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan stabil tanpa kewujudan unit lain.

Kewujudan alam ini yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang Maha berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman :

”Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-tuhan selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan,” (anbiyak. 21 : 22)

2) Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah tidak mencipta Alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.

Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui seorang Rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah. Dalam hubungan ini, Allah berfirman dengan maksudnya,

”Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia,” (al-mukminun 115-116)

3) Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para Rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini, dan ke mana akhirnya penghidupan mereka.

Saya mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad saw adalah Rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Baginda telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi.

Firman Allah yang bermaksud,

”Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul apabila tiap-tiap umat (untuk menyeru) sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah taghut itu. Maka diantara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya,” an-Nahl 16:32

4) Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman :

”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku, Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh,” az-Zariat 51;56-58

5) Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang-orang Kafir. Dalam hubungan ini, Allah menyatakan dengan maksudnya,

”Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka,” as-Syura 42:7

6) Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sungguhpun demikian pada hakikatnya saya tidaklah mendapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah.

Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Kesemua ini adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman dengan maksudnya,

”Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorikannya,” as-Syamsu 91:7-9

FirmanNya yang lain bermaksud,

”Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya,” al-Muddathir 74:38

7) Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariaatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah. Syariat dan undang-undang Allah ini tidak boleh dilewati atau dilanggar.

Satu-satunya yang harus bagi muslim ialah melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh Syariat itu sendiri.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman dengan maksudnya,

”Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali,”

8) Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah dalam hubungan ini, Abu Hurairah ra telah meriwayatkan hadis yang mana Rasulullah saw telah bersabda,

”Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu, tidak seorangpun yang menghafaznya kecuali dia akan masuk syurga. Allah yang ganjil (yakni tidak genap) dan Allah menyukai perkara yang ganjil (tidak genap),”

9) Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah. Ini saya lakukan kerana patuh dan tunduk kepada perintah Rasullullah sebagaimana yang tersebut dalam hadisnya yang bermaksud,

”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kemu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya,” hadis diriwayatkan oleh Abu Nuaim dalam hilyah dan diriwayatkan juga oleh Ashbihani dalam Targhib Wat Tarhib.

10) Mengenai sifat-sifat Allah pula telah banyak ayat-ayat Quran yang menunjukkan sifat-sifat Allah dan kesempurnaan sifat uluhiahNya. Diantara ayat-ayat yang menunjukkan wujudnya Allah itu ada ayat-ayat yang menunjukkan sifat Qidam (sedia) dan Baqa’ (kekal) bagi Allah.

Ada pula ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah berdiri sendiri dalam erti kata bahawa Allah tidak memerlukan pertolongan dari makhluk ciptaanNya, malah makhluk ciptaanNya itulah yang berhajat kepadaNya.

Ada juga ayat-ayat yang menunjukkan wahdaniat (keesaan) Allah baik pada zatNya, sifatNya, perbuatanNya dan urusan tadbirNya.

Ada ayat-ayat yang menunjukkan keluasan ilmu Allah yang mencakup segala sesuatu, ayat-ayat yang menunjukkan iradah (kehendak) Allah yang mengatasi iradah dan kehendak makhluk ciptaanNya dan ada ayat3at yang menunjukkan Allah bersifat hayat (hidup) yang kamil (sempurna), malah masih banyak terdapat ayat-ayat yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah yang tidak putus-putus dan tidak diketahui hakikatnya oleh akal manusia. Kita tidak membataskan pujian kita kepada Allah sebagaimana Allah telah memuji diriNya.

Bersambung…

Sumber : Kitab Maza Yakni Intimaie Lil Islam

Azab Menanggung Bau Busuk ; PAR Benut Terima Aduan


Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Akibat tidak mampu menahan bau busuk setiap hari penduduk di antara Kampung Parit Hassan dan Parit Sungai Besar Benut dekat sini, mengadu hal kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut pada masalah yang sedang mereka hadapi.

Menurut Penyelianya Ustaz Atan Gombang, pihaknya menerima aduan berkenaan air parit yang tidak mengalir dengan sempurna akibat pintu air yang sudah usang dan kedudukannya lebih tinggi berbanding aliran air.

Dakwa penduduk kata Ustaz Atan, parit sepanjang kira-kira lima kilometer mengalami masalah pengaliran dan bergantung kepada cuaca panas sepenuhnua bagi memastikan air parit kering.

Seorang penduduk yang ditemui, Mohd Rizal Armar, 32, berkata air yang tidak mengalir itu disebabkan masalah pengaliran yang tidak lancar menyebabkan air parit menjadi hitam dan berlumut pada permukaan selain berminyak dan mengeluarkan bau busuk.

Katanya, antara kampung lain yang terlibat seperti Kampung Parit Hasan, Parit Sungai Besar, Parit Jalan Suradi, Parit Stan dan Parit Satu serta beberapa buah kampung lain di sekitarnya mengalirkan air ke parit besar itu.

”Semasa hari hujan, bau busuk ini dapat dihidu sehingga ke rumah penduduk dan ia amat mengganggu kehidupan penduduk di sini. Banjir kilat juga kerap berlaku apabila musim hujan akibat air yang tidak dapat mengalir.

”Banjir kilat yang berlaku dua minggu lepas menenggelamkan kawasan kebun sawit dan pisang yang berada berhampiran parit,” katanya lagi.

Sehubungan itu, sebagai langkah seterusnya satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan penduduk bagi mendesak pihak terbabit menyelesaikan masalah mereka.

Jumaat, 18 Mei 2012

Senario Semasa Bagi guru Yang Teraniaya Perlukan Pembelaan


Oleh Ibn_bacoks

LABIS – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mendakwa tidak berlaku sebarang penyelarasan sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD dan Guru Besar Sekolah dalam kes-kes yang melibatkan pertuduhan dan penganiayaan waga pendidik di seluruh negara.

Kata Presidennya, Cikgu Normala Sudirman menganggap tindakan kepada guru yang terbabit seolah-olah tiada kawalan dalam membuat keputusan sehingga kes-kes tersebut semakin meningkat dari masa ke masa.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis turut mendakwa wujud sikap ‘double standart’ dalam melaksanakan tindakan kepada guru yang menyokong parti pembangkang tetapi di satu pihak lain, penglibatan guru dalam politik dan memegang jawatan tidak pula dikenakan sebarang tindakan bahkan dipertahankan.

”Malah penggunaan frasa ‘Pertukaran Atas Keperluan Perkhidmatan’ dijadikan alasan untuk menutup tindakan menzalimi warga guru atau pendidik oleh KPM.

”Disamping itu, keputusan dan arahan menukarkan guru sering berubah-ubah seolah-olah dilihat mengikut kehendak dan telunjuk pihak-pihak tertentu.

”Pertuduhan dan tindakan menukarkan dan menempatkan guru adalah tidak munsabah kerana melibatkan jarak yang jauh seperti melebihi 500 kilometer iaitu melampaui sempadan daerah, negeri dan merentasi laut Sabah dan Sarawak.

”Malangnya, pertukaran guru sebenarnya bukan atas keperluan perkhidmatan dan peningkatan prestasi sebaliknya lebih berupa tekanan dan bertujuan melemahkan semangat guru dalam profesion mereka,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau kesal tindakan zalim seperti itu akan mengundang kebencian dalam warga kerja, keluarga guru yang teraniaya termasuk ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat.

Akibat Kecuaian, PAR Permas Mohon Penjelasan


Oleh Ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Nasib yang menimpa sepasang suam isteri yang mendakwa anaknya koma selepas suntikan dibuat telah mendapat perhatian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas.

Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada Nor Azmi Sarmin, 38 setelah anaknya Mohd Haiqal tidak sedarkan diri kerana diberi suntikan sebelum dihantar ke sebuah Hospital di ibu negara bagi menjalani pembedahan salur hati yang tersumbat pada 31 januari lalu.

Difahamkan, suntikan itu diperlukan kerana mengambil alasan agar anak Nor Azmi tidak meronta di dalam ambulans sepanjang perjalanan ke sana.

Bagaimanapun, sebaik sedar dari koma, keadaan mangsa sudah tidak normal, tidak boleh bergerak, tidak mengenali orang sekeliling, manakala seluruh badannya pula menjadi lumpuh.

Sementara itu, Nor Azmi berkata, meskipun pembedahan terhadap salur hati tersumbat berjaya, namun anaknya dipindahkan semula ke hospital di negeri ini, sejak 10 Februari lepas.

”Anak saya yang dirawat di hospital kerajaan di sini dengan keadaannya tidak berubah malah bertambah teruk dengan kaki membengkak dan luka-luka di bahagian badan akibat terlalu lama berbaring,” katanya lagi.

Sehubungan itu, PAR Permas cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak hospital dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya kes ini dirujuk akibat kecuaian.

Khamis, 17 Mei 2012

Jazlan Pindah Parlimen?

Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mempersoalkan di manakah Nur Jazlan akan bertanding setelah kenyataan menyokong dan mengalu-alukan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bertanding di Parlimen Pulai yang menjadikan dirinya sebagai penyandang.

”Nurjazlan sambut baik Salahuddin tandimg Pulai. Soalnya, si Jazlan ni tanding mana? Khabarnya Jazlan pun nak pindah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam berhubung hasrat Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub untuk bertanding di kawasan Parlimen Pulai pada Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) disambut baik wakil rakyatnya.

Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, hasrat itu jelas membuktikan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai hasrat yang tinggi untuk menawan negeri itu dalam PRU nanti.

Pemilik Plaza Angsana yang pernah mencetuskan kontroversi kerana menghalang perhimpunan TANAH sebelum ini berkata, Pakatan Rakyat memang mempunyai hasrat yang tinggi untuk menumbangkan UMNO-BN di Johor ekoran perkembangan terbaru yang melibatkan kepulangan Salahuddin itu.

”Saya mengalu-alukan hasrat Yang Berhormat (YB) Salahuddin Ayub untuk bertanding di kawasan Parlimen Pulai ini kerana ia menggambarkan bahawa PR memang mempunyai hasrat yang tinggi untuk menawan negeri Johor.

”Selaku pemimpin tertinggi PAS, beliau juga memberi penghormatan kepada saya sebagai Ahli Parlimen Pulai yang telah berkhidmat selama dua penggal ini untuk berhadapan dengannya,” katanya lagi.

Baca Fatihah Lebih Lancar Daripada Pemimpin UMNO?

Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – ”Kalau izinkan saya boleh membaca surah al-fatihah, bacaan saya lebih laju daripada pemimpin UMNO,” demikian kata yang bernada sinikal daripada M Subramanian, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Johor.

Tegasnya lagi, UMNO gagal memperjuangkan agama Islam di negara ini kerana pengajaran yang terkandung dalam al-quran jauh dari pengamalannya.

”Ada disebut antara sifat Nabi (Muhammad saw) ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatonah. (malangnya) UMNO ambil fatonah untuk melakukan pecah amanah.

”Anak Dr. Mahathir ada saham terbesar arak di Filipina. Adakah ini namanya UMNO nak bela Islam?

”Adakah Nabi saw suruh sokong orang yang makan rasuah?

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis Ceramah Umum di pekarangan Markas PAS Cawangan Kampung Parit Mohd Zin, Api-api, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmod, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian.

M Subramanian yang sudah 250 kali berceramah di pentas Pakatan Rakyat turut memberitahu bahawa orang Melayu tidak dapat menerima perjuangan PAS kerana disebabkan peranan yang dimainkanTun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Beliau mendakwa Tun Mahathir berjaya mengubah persepsi masyarakat untuk tidak menyokong parti Islam itu.

Walhal katanya lagi, UMNO sendiri dilihat gagal mempertahankan agama dan bahasa Melayu itu sendiri.

”Bahasa apa yang diperjuangkan? UMNO itu pun dalam bahasa inggeris !,” tegasnya lagi.

Rabu, 16 Mei 2012

HARI GURU : Desak Kerajaan Terima 6 Tuntutan Dari PENDIDIK

Oleh ibn_bacoks

LABIS – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mendakwa wujudnya penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pentadbir sekolah (Pengetua dan Guru Besar).

Presidennya, Cikgu Normala Sudirman berkata Kementerian Pelajaran seolah-olah gagal mengawal pegawai-pegawai tinggi dari segi menurunkan kuasa, pelaksanaan peraturan dan prosedur kerja dalam melaksanakan tindakan.

”Oleh itu, PENDIDIK  membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan tidak profesional ini serta mendesak Menteri Pelajaran agar menghentikan serta merta tindakan zalim ke atas warga pendidik yang telah banyak berjasa dan berkorban demi kemajuan anak bangsa yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran sejak sekian lama khususnya semenjak UMNO memerintah negara.

”Kedua, mengembalikan semula hak guru-guru yang teraniaya ini kepada keadaan asal dan sedia kala agar mereka dapat menyumbang perkhidmatan terbaik kepada jabatan dan sekolah seperti sebelumnya.

”Ketiga, Kementerian Pelajaran mesti memastikan bahawa tindakan yang tidak profesional ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang bagi tujuan kepentingan politik pegawai PPD dan JPN yang terlibat dan dikenalpasti sebagai orang kuat UMNO-BN.

”Keempat, mengambil tindakan disiplin lagi tegas terhadap pegawai di JPN, PPD dan sekolah yang bertindak tidak profesional, tidak mengikut priosedur dan mengikut telunjuk orang-orang politik yang mempunyai agenda khusus.

”Kelima, Menghentikan campur tangan dan pelabelan warga guru sebagai ‘UMNO’ dan ‘bukan UMNO’ melalui ‘Tapisan Keutuhan Peribadi’ dalam proses kenaikan pangkat guru di semua peringkat.

”Keenam, membentuk satu ‘Jawatankuasa Bebas’ di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan kes-kes penganiayaan yang melibatkan guru,” tegas beliau lagi dalam satu kenyataan.

TANAH : Ceroboh Hutan Simpan, Nelayan Pantai Terjejas


Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Kira-kira 50 penduduk di Kuala Sanglang Benut dekat sini mendakwa menghadapi masalah yang mana hasil tangkapan laut semakin merosot akibat penebangan dan pembersihan hutan paya bakau bagi memberi laluan kepada pembinaan kolam udang sejak Mei 2003.

Menurut Raden Sarobo Pono, sesuatu tindakan perlulah diambil supaya pihak terbabit tampil dan menilai masalah yang dihadapi setelah kawasan ‘mencari makan’ telah dimusnahkan.

Katanya lagi, kekurangan hasil tangkapan oleh nekayan sungai amat ketara sehingga merosot 50 peratus. Hal ini kerana kawasan pencarian mereka semakin sempit terutama yang menggunakan peralatan seperti tajo dan empang.

Raden Sarobo turut mendakwa kawasan pembinaan kolam turut menutupi anak-anak sungai tempat mereka menjalankan aktiviti.

Malahan, apabila kolam udang itu beroperasi, pencemaran air sungai turut dikesan dipercayai penggunaan bahan kimia untuk kerja-kerja pembersihan dibuat dan dilepaskan ke sungai berdekatan serta menyebabkan kepupusan hidupan air.

”Bukan itu sahaja, penduduk terdedah kepada risiko keselamatan nyawa kerana pokok-pokok bakau turut bertindak sebagai penampan jika tsunami melanda.

”Ini adalah salah urus tadbir kerajaan yang dimonitor oleh UMNO-BN,” tegas Raden Sarobo lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum di pekarangan Pusat Tarbiyyah PAS Cawangan Parit Markom Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Terdahulu, satu pelancaran menandatangani memorandum  tuntutan penduduk Tampok Darat berhubung jalan alternatif telah dibuat.

Selasa, 15 Mei 2012

Pak Ungku Santuni 6 Orang Dalam Masa Sejam

Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Kegigihan dan kesungguhan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood membela rakyat terbanyak diterjemahkan dengan program turun padang setelah berjaya menyantuni 6 orang yang mempunyai pelbagai masalah dalam masa sejam di sekitar Pekan Ayer Baloi dekat sini, baru-baru ini.

Kunjungan pertama beliau atau mesra dengan panggilan Pak Ungku bermula jam 5.30 petang itu dengan menapakkan kaki ke rumah Zahrah Isa, 75, yang menghidapi penyakit angin ahmar sejak 11 tahun yang lalu.

Setelah Zahrah melalui pemeriksaan kesihatan secara percuma, Pak Ungku bergegas pula ke Kampung Dalam kerana menerima aduan berkenaan longkang pecah daripada Lua Ser Kiat, 24, yang tidak ditangani pihak terbabit dengan tindakan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan merawat Lua Kian Seng, 53, yang lumpuh sejak 2 tahun lalu akibat kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan tulangnya menjadi reput.

Manakala Zahiruddin Mustafa, 22, orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di Jalan Parit Panjang turut disantuni Pak Ungku. Melihatkan saiz badan yang tidak sesuai dengan usianya, ibn bacoks difahamkan dia mengalami gangguan hormon sejak dilahirkan akibat komplikasi darah tinggi dan kencing manis yang dimiliki ibunya sewaktu dia di dalam kandungan lagi.

Pak Ungku yang merupakan mantan Bendahari Perhubungan Negeri Johor amat gembira petang itu kerana tidak putus-putus menerima aduan.

Lokasi di persimpangan jalan ke Parit Panjang sukar untuk dipercayai bahawa sistem pengairan di longkang yang berhampiran dengan jalan tersebut punya bermasalah sejak 15 tahun lalu.

Seorang pengadu yang enggan namanya disiarkan memberitahu parit yang tidak diselenggarakan dengan baik itu telah mengakibatkan banjir kilat paras sekaki dan ia sering berlaku terutaman waktu musim hujan.

Bengang dengan masalah itu, walaupun inisiatif sendiri telah dibuat dengan melakukan kerja-kerja pembersihan, dia meminta pihak terbabit mengambil tindakan segera bagi mengelak pelbagai kerosakan harta benda berlaku.

Seusai sahaja maklumat diambil, seorang lagi pengidap strok disantuni dengan baik. Mohd Fuad Alias, 61, melalui kehidupan yang sukar sejak 6 bulan lalu. Dari raut wajahnya menggambarkan betapa gembiranya kerana dikunjungi rombongan PAR Pulai Sebatang. Dalam tempoh 15 minit berada di rumahnya, dia yang sukar bercakap itu turut tidak mampu berjalan ekoran kaki kanannya yang lumpuh.

Sepetang bersama Pak Ungku turut menginsafkan betapa ramai lagi manusia yang mengharapkan ihsan ramai. Masalah yang diketengahkan ini perlu diambil perhatian segera oleh pihak berwajib.

Pak Ungku dalam kenyatan ringkasnya menyebut ‘masalah longkang yang kecil inipun UMNO tak mampu selesai, apatah lagi masalah negara,’ nyata menggambarkan pimpinan UMNO Bahagian itu syok sendiri dan terpedaya dengan sokongan rakyat yang berpihak kepada mereka padahal rata-rata pengadu yang ditemui sudah berubah serta ada ‘signal’ berbeza sepertimana yang lepas-lepas.

HARI GURU : Penganiayaan Kepada Guru Akan Dibela

Oleh ibn_bacoks

LABIS – Mutakhir ini terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) berkaitan kes penganiayaan yang melibat warga pendidik dari pelbagai sektor perkhidmatan pendidikan.

Menurut Presidenya, Cikgu Normala Sudirman, bentuk tindakan yang dilakukan Kementerian Pelajaran secara tidak profesional antaranya dibuang kerja kerana tidak tahan menurut arahan perpindahan yang kerap dan tidak munasabah.

”Selain itu, menukarkan guru jauh dari kediaman dan keluarga atas tekanan politik, dipindahkan ke stesen perkhidmatan berkali-kali dalam tempoh setahun, menempatkan pasangan guru berbeza lokasi dan berjauhan antara satu sama lain.

”Suami dan isteri yang bertanding dalam pilihan raya umum atau kecil dipindahkan sebagal balasan ‘dendam pilihanraya’, dipindahkan ke sekolah lain yang jauh hanya kerana meraikan ADUN PAS yang menziarahi keluarga di rumah, dituduh memakai baju BERSIH 2.0, disyaki aktif berpolitik pembangkang,

”Malah ada yang dipotong gaji (walaupun kes dalam pertimbangan dan rayuan, dinafikan bonus tahunan, tidak dibenarkan masuk ke kelas untuk mengajar dan tidak diberikan jadual waktu mengajar,” tegasnya lagi dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, berdasarkan kajian kes yang dilakukan pihaknya, kes pertama yang melibatkan cikgu Maarof Abdul Mutalib daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen dipindahkan ke Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor sejauh 500 kilometer perjalanan pergi-balik atas alasan isteri bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang 2011.

”Cikgu Maarof telah ditukarkan selepas isterinya Cikgu Normala Sudirman bertanding dalam PRK Dun Tenang.

”Beliau dipindahkan ke tempat kerja yang baru yang jaraknya lebih 500 kilometer (pergi-balik). Beliau juga telah dikenakan tindakan hukuman berganda ‘double punishment’ iaitu amaran, tindakan tata tertib, dipotong gaji 7 hari bekerja, dinafikan bonus tahun 20111 dan dipindahkan sekolah,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memberitahun PENDIDIK telah menerima tidak kurang daripada 100 aduan yang dirujuk oleh guru-guru yang terlibat dalam masa dua minggu sahaja.

”Kita percaya lebih ramai guru akan tampil mengemukakan aduan dan merujuk kes mereka kepada PENDIDIK untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya,” katanya lagi.

Isnin, 14 Mei 2012

Orang Ramai Dikerah Hadiri Himpunan UMNO?

Blog Ibn75.wordpress.com

PONTIAN – UMNO Didakwa mengerahkan 5 orang setiap cawangannya di seluruh negara untuk menghadiri perhimpunan ulang tahun ke-66 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmod, selain 4,000 buah bas digunakan mengangkut penumpang, UMNO turut dilihat gagal menghimpunkan rakyat bagi menyamai jumlah kehadiran peserta BERSIH 3.0 yang membanjiri ibu negara, 28 April lepas.

”Bas 4,000 buah dengan 5 orang setiap cawangan dikerah percuma hadiri ulang tahun UMNO, itupun masih tewas dengan bilangan peserta BERSIH 3.0.

”Takziah 77 cedera, seorang meninggal dunia dalam kemalangan pulang. Itulah takdir tak cedera dibelasah Polis dan Gas Pemedih mata, cedera kemalangan pula,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laopran akhbar berhubung tiga bas rombongan ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan ulang tahun ke-66 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil terbabit dalam dua nahas berasingan yang meragut tiga nyawa.

Di Seremban, Negeri Sembilan nahas kira-kira jam 3 pagi itu membabitkan dua bas berkenaan dengan sebuah treler di kilometer 259 Lebugraya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson.

Nahas itu meragut Roa Dol,79 daripada Batu Pahat akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

Sementara itu, di Lenggong, Perak turut berlaku kemalangan dalam perjalanan pulang ke Gerik bertembung lori di kilometer 45, Jalan Kuala Kangsar – Gerik di Kampung Gua Badak.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, dua maut, tiga parah dan 17 lagi cedera ringan.

TANAH : Ia Untuk Dijaga, Bukan Digadai – Dr Mahfodz

Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Para pemimpun UMNO diingatkan agar memelihara anugerah tanah kurniaan Allah daripada diseleweng dan digadai secara berleluasa bagi kepentingan diri.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dengan katanya, tanah amat diperlukan manusia menjalani kehidupan yang lebih teratur dan unsur-unsur yang membawa kepada sebarang bentuk penyelewengan adalah dilarang.

”Pentingnya tanah dalam Al quran 300 kali Allah sebut dan suruh jaga tanah, makmurkannya bukan gadai dan hancurkan tanah.

”Untuk selesaikan masalah tanah, kena tumbangkan UMNO dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

”Kita, bukan setakat hidup nak tanah malah matipun nak tanah. Tak kan nak (bila meninggal dunia) nak campak kat Selat Tebrau.

”Bahkan, kalau tiada air boleh tayammum dengan menggunakan tanah (Ini menunjukkan betapa pentingnya tanah),” tegas Dr Mahfodz yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Gambir.

Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa UMNO perlu menyerahkan pentadbiran negara secara terhormat disamping memberi jaminan pilihan raya umum (PRU) tidak dihinggapi unsur-unsur penipuan.

”Minta mereka serahkan kerjaan secara terhormat dengan pilihan raya yang bersih,” katanya lagi ketika berucap di hadapan umum pada Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, baru-baru ini.

Ahad, 13 Mei 2012

RTM : Rumah Tipu Maklumat?



Oleh ibn_bacoks

AYER HITAM – Agensi penyiaran kerajaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi menerima satu jolokan baru iaitu ‘rumah tipu maklumat’ daripada Yamin Yahya, bekas penerbit, Selamat Pagi Malaysia RTM.

Bekas penyunting yang berpengalaman lebih 25 tahun itu turut memberitahu suatu ketika pernah mengadakan pengambaran di Kelantan terpaksa mencari satu muslihat memandangkan sukar menemui kepelbagaian kaum dalam satu program.

”Mana ada penonton Cina. Jadi, kami ambil gambar yang lama-lama, edit dan masukkan gambar orang Cina.

”Satu hari, sebuah keluarga Cina datang RTM. Dia komen, mana pernah laki saya datang Kelantan. Lalu kami katakan, ini arahan pihak atasan,” katanya lagi.

Amin berkata demikian kepada peserta program Seminar Media Baru dan Bengkel ICT anjuran Jabatan IT PAS Johor, di Pejabat PAS Kawasan Ayer Hitam, Taman suria, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Hj. Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Mohd Faizul Salleh, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Pada program yang sama, para peserta didedahkan berhubung peranan media baru kepada masyarakat bagi membantu jentera parti menyampaikan maklumat kepada sasaran.

Antara pengisiannya seperti Strategi Media Baru, Peranan Media Sosial oleh Ahmad Jamal, Setiausaha Jabatan IT PAS Pusat, Kreativiti Grafik oleh Zainal, Peranan dan Kuasa SMS oleh Nasri dan pembentangan daripada editor NusajayaKini dan Selatan Online.

Disamping itu, Amni Jagat turut diberi peluang membentangkan teknik pemberitaan dengan harapan peserta program boleh mengeksploitasikan media sosial dengan bahan berita dari tempat masing-masing.

Gugur Islam Dari PAS : PERKASA Habis Modal



JOHOR BAHRU – PERKASA dikecam hebat dalam laman sosial facebook kerana mencadangkan  Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.
Malah, PERKASA turut didakwa sudah kekeringan modal dan tiada sebarang aktiviti yang ingin dibuat melainkan mencari satu isu bagi menarik populariti yang kian merudum sejak akhir-akhir ini.
“Mungkin mereka tiada aktiviti, lalu diajukan benda2 pelik dan tidak berasas sebegini untuk mencari populariti dan masuk dalam buku laporan tahunan persatuan..
“Cukuplah2 tu..Mari bersama kepimpinan Ulama’..,”kata pemilik laman facebook Syafiq Hamdani.
Portal Berita Malaysiakini hari ini menyiarkan PERKASA cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam PAS
Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.
Ibrahim mengambil Contoh ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.
Difahamkan, dengan kenyataan tidak beretika ini, kemungkinan bantahan daripada para penyokong PAS bakal dihadapi.

Sabtu, 12 Mei 2012

UMNO Gagal Laksanakan Perubahan?


PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian membidas dakwaan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad bahawa Barisan Nasional (BN) telah melakukan banyak perubahan bagi memenuhi sebarang tuntutan sedangkan ada dikalangan penduduk di sini menagih janji sejak puluhan tahun lagi.
Akhbar Sinar Harian, 9 Mei lepas menyiarkan, Hasni ketika merasmikan penubuhan cawangan UMNO Taman Megah dilaporkan berkata ahli UMNO tidak perlu bimbang dan cemas dengan situasi dari perhimpunan BERSIH kerana ia dicetuskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab walaupun BN telah melakukan banyak perubahan bagi memenuhi tuntutan mereka.
Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketuanya berkata, Hasni cuba menyembunyikan sesuatu kepada umum dengan menyelar pihak pembangkang seperti tuduhan menghasut rakyat supaya membenci UMNO.
Bagaimanapun, UMNO Pontian sendiri nyata buntu untuk menawan kembali hati rakyat berikutan masalah-masalah setempat yang belum diselesaikannya.
”Sebagai contoh. Di kawasan Peti Undi Parit Kahar. Ada satu kampung bernama Parit Rambai berhampiran dengan Sungai Sanglang.
”Masih lagi jalan tanah merah walaupun sebanyak 6 buah keluarga mendiaminya di situ. Seorang pengadu yang ingin dikenali sebagai Dol mendakwa sejak 26 tahun lalu masalah ini diajukan namun tiada perkembangan positif dibuat.
”Masalah utamanya apabila hujan, jalan berlecak. Ini menyukarkan pergerakan seperti ingin menghantar anak ke sekolah dan mengeluarkan hasil tanaman.
”Malah mereka turut berhadapan dengan risiko kemalangan dan sebagainya,” katanya lagi dalam program Jom Terjah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian baru-baru ini.
Pada program yang sama, konvoi DPPK Pontian telah melakukan jelajahnya ke kawasan terbabit dan berjaya menyantuni penduduk di situ dengan mengambil beberapa aduan berkenaan masalah yang mereka hadapi.

Gugurkan Dakwaan Terhadap Semua Peserta BERSIH 3.0 ‘Yang Dikehendaki’ – PKR Johor


BATU PAHAT – KEADILAN JOHOR mengecam tindakan polis yang berterusan menangkap dan mengganggu peserta himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Kata Ketua Penerangannya, Syed Hamid Ali.
Menurutnya lagi, tindakan tersebut bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kepada setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman, berekspresi dan menubuhkan persatuan.
”Tangkapan dan ugutan termasuk menyiarkan gambar-gambar ‘individu yang disyaki’ sebagai peserta himpunan Bersih 3.0 di dalam akhbar bersalahan dengan hak-hak setiap individu.
”Individu yang gambar mereka disiarkan itu sebenarnya telah diganggu secara langsung. Mereka mengalami kegelisahan, malu, terancam, malahan risiko kehilangan punca pendapatan.
Sementara, reaksi ‘tegas’ dan bentrokan dilakukan terhadap peserta himpunan pro-perubahan, ‘layanan mesra’ pula diberikan kepada peserta himpunan pro Umno-BN, meskipun mereka membawa agenda perkauman sempit, diskriminasi gender dan fahaman ekstrim,” katanya lagi yang juga merupakan Anggota Majlis Pimpinan PKR Pusat dalam kenyataan medianya yang diinboxkan ke dalam facebook ibn bacoks semalam.
Sehubungan itu, beliau turut menegaskan bahawa Keadilan Johor menuntut supaya PDRM mengugurkan tuduhan terhadap kesemua 141 individu yang gambar mereka disiarkan di media sebagai peserta Bersih 3.0 ‘yang dikehendaki’.

Jumaat, 11 Mei 2012

Lantik Hanif Omar, Undang Bantahan Rakyat?


JOHOR BAHRU – Pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung pelantikan Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas mendedahkan lagi bantahan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Kata Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
Dakwanya lagi, Tun Hanif yang sebelum ini dilihat mempunyai pendirian dengan menyokong kerajaan UMNO yang menyifatkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan bertujuan menggulingkan kerajaan.
”Lantik Hanif Omar sebagai Pengerusi Jawatankuasa siasatan rusuhan BERSIH 3.0 mendedahkan Najib kepada bantahan rakyat sebab Hanif bersetuju BERSIH 3.0 mahu gulingkan kerajaan. Serba tak kena Najib ini,” katanya lagi menerusi laman sosial rasmi facebooknya.
Beliau berkata demikian sebegai mengulas pelantikan enam Panel Penasihat Bebas dilantik kerajaan mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian ‘rusuhan’ di Kuala Lumpur berikutan penganjuran BERSIH 3.0 pada 28. Aril lepas seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam.
Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis negara dilantik menjadi pengerusi panel itu telah dibantu 5 individu lain seperti bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.
Hishamuddin dilaporkan berkata, panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Gaji Minimum RM900 Tidak Relevan


JOHOR BAHRU – Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS mendakwa keadaan taraf hidup semasa yang semakin tinggi adalah tidak relevan bagi kakitangan swasta mempunyai paras gaji minimum sebanyak RM900 sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru tambahnya dengan menyarankan agar Kerajaan UMNO mengikut jejak langkah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang melaksanakan dasar gaji minimun sebanyak RM1,500 sebulan.
”Jumlah itu (RM900) tidak cukup. Di Selangor sahaja gaji minimum yang sudah ditetapkan adalah paras RM1,500.
”Jika kerajaan Selangor boleh laksanakan begitu, mengapa Kerajaan Pusat hanya mampu beri RM900 sahaja.
”Dan sekiranya perjanjian di antara Malaysia dan Indonesia menetapkan gaji RM700 bagi pembantu rumah melakukan satu kerja sahaja, jadi gaji minimum RM900 yang diumum adalah tidak munsabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Salahuddin menyangkal dakwaan media berhubung rempuhan penghadang jalan oleh Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan BERSIH 3.0 lepas.
Dalam pada itu, beliau turut mendesak agar satu jawatankuasa siasatan Diraja (RCT) ditubuhkan bagi mengetahui kejadian sebenar yang menyebabkan berlaku provokasi dalam perhimpunan terbabit.
”Sekiranya pihak polis mempunyai bukti, kita juga mempunyai bukti dan kami mahu RCI ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.
”Kita mempunyai banyak dokumen tentang bagaimana provokasi perhimpunan itu berlaku,” ujarnya lagi.

Khamis, 10 Mei 2012

Nur Jazlan Dibidas Berhubung Himpunan TANAH

Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Pemilik UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed dibidas berhubung kenyataannya yang menyifatkan penganjur himpunan Tanah Rakyat yang diadakan di premis miliknya di Plaza Angsana sabtu lalu satu cubaan mencetuskan suasana provokasi di kalangan orang Melayu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad,  Jazlan pernah menyarankan kepada pihak berkuasa agar membenarkan perhimpunan aman BERSIH diadakan kerana dakwanya ia tidak memberi kesan kepada perkembangan politik negara sebaliknya perkara yang lebih penting adalah keputusan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.

Namun, berbeza ketika Himpunan TANAH diadakan di premisnya pula, pendirian Jazlan dilihat bercanggah berhubung soal perhimpunan aman.

”Beberapa minggu sebelum Himpunan TANAH diadakan Datuk Nur Jazlan dalam kenyataannya di Sinar Harian menyebut, Benarkan BERSIH diadakan. Dia dakwa penganjur BERSIH tidak memberi kesan terhadap perkembangan Politik negara

”Sedangkan, Himpunan TANAH tidak melanggar peraturan dan ganggu ketenteraman awam. Notis pemakluman kepada pihak berkuasa telah diberikan.

”Peniaga-peniaga mendapat keuntungan berlipat kali ganda kerana kehadiran pengunjung luar biasa pada hari itu. Bahkan, tiada kekacauan. Manakala pihak berkuasa bertugas dalam keadaan baik dan terkawal,” tegas Faizul lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jazlan di Sinar Harian pada 7 Mei lepas yang membidas penganjur TANAH yang mengadakan himpunan di pekarangan premisnya sabtu lepas.

Jazlan dilaporkan berkata, penganjur terbabit juga disifatkan tidak menghormati undang-undang dan hak UDA sebagai pemilik tanah.

Sementara itu, Faizul turut mempertikaikan sumber yang diperolehi oleh Jazlan apabila menyebut peserta himpunan terbabit bukan daripada kalangan masyarakat setempat adalah tidak tepat.

”Hal ini kerana antara wakil yang berucapa semasa perhimpunan adalah mangsa kepada Kampung-kampung Setinggan sekitar Johor Bahru.

”Nyata, Jazlan tersilap menerima maklumat daripada orang-orangnya berkenaan kenyataannya iitu,” jelas Faizul lagi.

Aset gelap kerajaan negeri Johor

Oleh : AMNI JAGAT

KELEMBAPAN sesebuah jabatan akan menimbulkan banyak persoalan dan prasangka buruk terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan. Keupayaan sebuah kerajaan dalam mentadbir sesebuah negeri atau negara dilihat seumpama tidak berdaya dalam menangani sesuatu isu jika kelembapan itu berlaku.

Ternyata rakyat selama ini senantiasa dibutakan dengan maklumat berkenaan aset negara atau negeri yang ditadbir oleh sebuah kerajaan lembap.

Korupsi yang berlaku di dalam sesebuah jabatan adalah hasil tunjuk ajar dari seorang pemimpin yang suka atau kerap mengamalkan sistem yang sama. Prasangka seumpama inilah yang sedang bermain di minda penduduk di Ayer Hitam Johor.

Sebuah kerajaan ‘tua’ Johor dalam menangani isu berkenaan pembahagian tanah di Ayer Hitam dilihat seperti pincang dan tempang. Bukan hari ini, malah kepincangan dan ketempangan ini berlaku sejak dari tahun 1960an lagi.

Pemohonan pemilikan tanah dari tahun 1967 sehingga ke tahun 2012 menunjukkan dan membuktikan bahawa kerajaan negeri yang sedia ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan negeri yang tidak pernah menghiraukan nasib serta mendengar suara rakyat di bawah pemerintahannya.

Seramai tiga puluh tujuh peneroka seperti ditipu berkenaan soal pemilikan tanah. Pemohonan demi pemohonan telah dilakukan, namun keputusan yang diterima ternyata hampa dan mengecewakan pihak penduduk atau peneroka asal.

Penduduk Mukim 8 Sri Lalang yang meneroka tanah tersebut sejak tahun 1967, telah membuat pemohonan pemilikan tanah yang diterokai mereka lebih dari lima kali pemohonan. Tetapi pemohonan mereka dilembapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dengan alasan ‘sedang dalam proses’.

Sehinggalah kemuncaknya pada tarikh 18 Februari 2012, suatu penyerahan pemilikan tanah dilakukan oleh Menteri Besar Johor di mana tanah yang dipohon telah diserahkan kepada satu pihak lain yang bukan penduduk atau penuntut asal tanah tersebut.

Perkara ini telah menyentap seluruh semangat penduduk dan peneroka asal tanah Mukim 8 Sri Lalang. Tindakan yang lembap dari PTG mengenai tuntutan mereka serta penyerahan milik tanah kepada pihak lain adalah dua perkara yang membuatkan penduduk kampung melihat seperti ada muslihat yang tersembunyi di sebalik isu tanah terutamanya di Ayer Hitam.

Isu ini sungguh mendukacitakan. Jika difahami dengan secara lebih dalam lagi, tanah tersebut telah diusahakan lebih empat puluh tahun lamanya. Peneroka telah mengusahakan tanah tersebut dari terbiar dengan menanam segala jenis buah-buahan dan sayur-sayur termasuk jelapang padi.

Siapa yang tidak kecewa jika tanah yang diusahakan mereka secara tiba-tiba menjadi milik orang lain tanpa pengetahuan jelas dari mereka. Sedang dalam mereka memohon untuk mendapatkan hak pemilikan tanah dan dalam pada itu juga tanah yang dipohon telah diserahkan kepada pihak lain yang menakung di air yang keruh.

Sudahlah lembap zalim pula tindakan yang dilakukan. Beginikah cara layanan sebuah kerajaan negeri terhadap rakyat yang telah mengangkat serta mengundi mereka? Kerajaan negeri yang diketuai oleh Abdul Ghani Othman jangan cuba melepaskan diri.

Dalam perlembagaan di Malaysia, soal berkenaan dengan tanah adalah hak mutlak kerajaan negeri. Andai berlaku sesuatu isu berbangkit mengenai tanah maka kerajaan negeri yang seharusnya bertanggungjawab dalam masalah tersebut.

Dalam isu di Ayer Hitam ini dapatlah ditafsirkan bahawa tanah di negeri Johor ini adalah ‘aset gelap’ kerajaan negeri. Soal pengurusan yang lembap cukup tepat untuk mengambarkan seperti ada matlamat yang tersembunyi disebalik sesuatu isu yang berbangkit berkenaan tanah.

Dapat dikenal pasti, isu berkenaan dengan tanah dilihat seperti terlalu rumit serta berlaku banyak birokrasi dalam menuntut hak pemilikan tanah. Ternyata jika dilihat secara dasarnya, penyusunan fail di pejabat tanah dilihat seperti terlalu rumit serta susah untuk memberi kata putus.

Samalah perkara yang berlaku terhadap penduduk di Ayer Hitam. Sejak tahun 1967 lagi pemohonan pemilikan tanah telah disuarakan dengan mengikut landasan undang-undang yang betul. Namun akhirnya mereka gagal juga untuk mendapatkan hak pemilikan tanah yang dipohon.

Adakah ini yang dikatakan kerajaan yang prihatin? Kalau diperhatikan semula ucapan Abdul Ghani Othman yang menafikan Johor tidak akan muflis pada tahun 2015, Abdul Ghani beralasan Johor masih banyak aset untuk menyelamatkan keadaan muflis tersebut.

Apa sumber pendapatan negeri Johor dan apakah aset yang dimaksudkan oleh Abdul Ghani? Ternyata aset Johor hanyalah ‘tanah’. Jika benar tanah adalah aset untuk menyelamatkan hutang-hutang negeri Johor maka memang benarlah negeri Johor sekarang sedang tergadai.

Tanah adalah aset beku maka untuk mencairkan aset beku tersebut adalah dengan menjualkannya. Bolehlah dikatakan tanah di negeri Johor ini adalah aset gelap kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini.

Jadi tidak pelik dan ajaiblah perkara seperti di Ayer Hitam itu akan berlaku lagi di tempat-tempat yang lain. Sememangnya Abdul Ghani tidak melihat apakah masalah sebenar yang berlaku di negeri Johor ini. Hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri hari ini adalah disebabkan ‘kebocoran’ yang terlalu banyak dilakukan.

Kezaliman harus dibalas dengan ketidak percayaan. Dalam misi menyelamatkan Johor maka Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) telah bersedia membantu dalam menangani isu-isu yang berbangkit berkenaan tanah di Johor ini.

Himpunan TANAH 5 Mei 2012 lalu di Plaza Angsana Johor Bahru pasti telah membangkitkan kesedaran masyarakat di Johor khususnya tentang masalah yang sedang dialami oleh rakyat di negeri ini. Tidak kira apa akan berlaku, suara rakyat harus dihimpunkan untuk menyelamatkan negeri Johor dari pengadaian aset tanah oleh kerajaan negeri yang memerintah hari ini.   

Iklan Karnival UMNO Dipersoal

Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNJ) Johor mempersoal kedudukan iklan yang dimuat di dada akhbar tempatan yang memaparkan Karnival UMNO yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur 11 – 13 Mei depan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya mempersoalkan nilai kos dan status penyumbang pengiklanan yang dianggap menelan belanja yang begitu besar.

Malah, Suhaizan turut mempertikaikan kredibiliti iklan tersebut diatas kemampuan UMNO sebagai sebuah parti politik dengan menganjurkan program sedemikian dikhuatiri penggunaan jentera kerajaan secara berleluasa berlaku untuk tujuan kepentingan parti itu.

”Berapa harga iklan ini? Dengan duit siapa iklan ini dibuat? Ini program parti atau program kerajaan?” tanya Suhaizan menerusi laman rasmi facebooknya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas iklan satu muka penuh di muka surat 41 yang tertera di akhbar Sinar Harian, 9 Mei dengan memaparkan program Karnival UMNO sempena 66 tahun kelahirannya.

Bagaimanapun, dalam reaksi pengunjung laman facebooknya turut mempertikaikan tarikh sebenar kelahiran UMNO didakwa bukan bermula dari 1946 sebaliknya pada tahun yang lain.

”Memang UMNO baru berumur 24 tahun kalau tak percaya mari kita cabar UMNO tunjukkan sijil pendaftaran parti UMNO.

”Kita tengok tarikh UMNO didaftarkan. Sijil pendaftaran UMNO yang dikeluarkan pada tahun 1946 dah tak boleh digunakan lagi kerana diharamkan oleh mahkamah pada tahun 1988. Beranikah UMNO tunjukkan sijil pendaftaran asal yang dikeluarkan oleh ROS,” kata Khairul Anwar Abdullah.

Rabu, 9 Mei 2012

Lagi Sabotaj Baling Asid Dikesan

Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Satu lagi siri sabotaj pihak tertentu telah dikesan di sekitar tapak ceramah Salahuddin Ayub di Taman Puteri Wangsa, dekat sini dengan membabitkan kenderaan milik orang awam.

Dalam kejadian lontaran bungkusan dipercayai asid pada kenderaan dilakukan ekoran tidak senang dengan kehadiran rakyat ke majlis penerangan pembangkang.

Menurut Shamsul Bakri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, pihaknya mengesan bungkusan plastik berisi asid ditinggalkan dan terkena pada cermin di bahagian tepi dan belakang milik seorang ahli PAS.

”Kita juga khuatir tindakan mensabotaj ceramah atau program dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) didalangi pihak tertentu kerana motif politik, malah paling membimbangkan ia terkena pada orang awam yang melalui kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Chua Chein Loon, 30, mendakwa kereta miliknya rosak akibat dilontar asid selepas meletakkan kenderaan di tapak ceramah yang jaraknya kira-kira 30 meter.

Katanya, dia menyedari insiden pada keesokan harinya apabila ternampak beberapa kesan asid pada pintu hadapan dan belakang sebelah pemandu kira-kira jam 10 pagi.

”Saya memeriksa bahagian lantai garaj namun tidak menjumpai sebarang kesan asid lalu saya mengambil keputusan pergi ke lokasi ceramah selepas berasa ada sesuatu yang tidak kena.

”Tiba di lokasi tersebut, saya terjumpa beberapa bungkusan plastik disyaki berisi asid bersepah berhampiran tempat saya meletakkan kereta pada malam tersebut.

”Saya percaya ia perbuatan sabotaj individu tertentu yang tidak senang dengan ceramah yang dianjurkan PR,” katanya lagi.

Chien Loon turut membuat laporan polis di Balai Polis Pelangi Indah, di sini, baru-baru ini.