Ahad, 22 Januari 2012

PKR: Umum kadar caj tol EDL segera



JOHOR BAHRU – PKR mendesak kenyataan rasmi dibuat kerajaan mengenai kadar tol Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL), pada kadar segera.

Pengerusi PKR Negeri, Datuk Chua Jui Meng berkata, biarpun belum ada pengumuman rasmi mengenai kadar caj yang akan dikenakan bagi projek lebuh raya sepanjang 8.1 kilometer (km) yang dibangunkan pemilik konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB),
namun cadangan harga yang dikemukakan ialah RM9.10 sehala.

“Kadar yang dicadangkan ini tidak relevan, kami menentang sekeras-kerasnya tindakan ini yang dianggap paling tidak adil. Kalau ini dilakukan dengan kadar begitu tinggi dan orang tidak gunakan EDL turut kena bayar apabila memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan
Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, kami akan protes.

“PKR akan menentang kerana menganggap kenapa hendak menguntungkan satu syarikat dan membebankan rakyat Johor, pengguna dan pelancong ke sini. Ini perkara yang berat dan serius bagi rakyat jelata,” katanya pada sidang media di Kelab Media Cina Selatan, dekat sini, semalam.

EDL dibina dengan kos RM977 juta sepanjang 8.1 km dari KIK bersambung ke Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) melalui susur keluar Pandan.

Pembinaannya bermula Februari 2008 dan dijangka beroperasi pada Februari 2012.

Web http://www.sinarharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan