Selasa, 17 Januari 2012
Hanyut Dengan Dunia, Manusia Jadi Alpa : Bob Lokman
Oleh ibn_bacoks
DI KAMPUNG saya, tahun 1971-1975 tak pernah berlaku kecurian satu helai kainpun yang berada di ampaian. Satu hari satu kampung heboh. Hilang kain yang biasa, heboh satu kampung. Tanya kain apa yang hilang- seluar levis. Jean kain tebal. Harga RM167. Patutlah hilang sebab RM167. Orang yang curi tak ada kerja tapi nak pakai jean. Jalan singkat, curi walaupun belum kering.
Kita dibesarkan dengan kehendak jiwa.
Dulu tahun 60 an, kita buang air. Janji boleh duduk. Sekarang buat gali lubang, tandas curah. Hari ini benda berubah.
Hari ini kehendak manusia tempat itu bernilai RM250.000 bilik air eksklusif. Manusia nak jadi semakin mahal. Kalau seperti pencuri jean tapi tak mampu lalu dia cari kehendak dia. Dia terpaksa … Masa untuk kerja kuat. Kedua, fikir untuk tipu untuk dapat untung. Sama dengan saya.
Pagi pukul 4.00 dah bangun. 5.40 azan tak berapa dengar … Tak boleh bangun. Kerana diri dah biasa dengan kehendak nafsu susah bangun solat.
Dalam perbuatan itu, bab tauhid riddah. Perbuatan murtad kerana pentingkan benda lain daripada Allah kerana negara kita perlu rakyat yang punya pendapatan hebat seperti negara luar.
Untuk jadikan rakyat sama dengan negara maju, rakyat harus kuat bekerja untuk hadapi 2020. Itu kata-kata (menyebabkan) saya jadi bersemangat cari duit.
Sedutan Ucapan Bob Lokman, Selebriti terkenal dalam ceramahnya di Parit Raja baru-baru ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan