Ahad, 29 Januari 2012

Elak Sisihkan Diri Dari Jemaah


Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian agama disaran agar tidak menjadikan pekerjaan yang dijawati nanti sebagai penghalang bagi melibatkan diri dalam gerakan Islam.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan PAS Kawasan (DPPK) Pontian dengan katanya terdapat segelintir golongan agamawan yang gagal berperanan sebagai pendakwah.

Hal ini, kerana katanya ada yang bersikap selesa dengan kehidupannya sekarang.

Malah ujarnya terdapat juga yang bimbang akibat tekanan daripada pihak-pihak tertentu.

”Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

”Harapan saya, semoga mereka menjadikan ilmu sebagai wasilah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat disamping tidak gentar hadapi tekanan,” katanya lagi.

Nazar berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Sinar Harian 27 januari lepas iaitu seramai 8 pelajar perolehi mumtaz sofi, manakala 305 calon  Maahad Johor lulus dalam peperiksaan tersebut.

Laporan itu turut memetik kenyataan Pengetuanya, Ustaz Anoar Sarimin bahawa 69.9 peratus daripada 438 calon Maahad Johor berjaya melepasi STAM dan mendapat sekurang-kurangnya pangkat maqbul (lulus).

Daripada jumlah itu, 33 pelajar daripadanya berjaya mendapat keputusan mumtaz (cemerlang) termasuk lapan pelajar yang mendapat mumtaz sofi (sangat cemerlang) iaitu semua A dalam sepuluh kertas yang diduduki oktober lepas.

Sementara itu, peperiksaan tersebut turut mencatatkan bagaimana anak kepada Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang berjaya meraih kejayaan.

Sehubungan itu, beliau menyatakan harapan agar hal ini terus memberi perangsang dan bukti bahawa melibatkan diri dalam jemaah nyata akan dibantu oleh Allah SWT.

”Berkat tenaga dan masa yang telah diperuntukan oleh Ustaz Atan, Allah maqbulkan doanya. Keputusan STAM  yang baru keluar 26 haribulan baru-baru ini, antara yang dapat 10A mumtaz sofi, anaknya Siti Nabilah Atan.

”Ada keluar kat Berita Harian 27 haribulan, muka surat 6,” ujar beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan