Oleh ibn_bacoks
RAKYAT Johor mungkin boleh menarik nafas lega berikutan kesediaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengendalikan sukan bola sepak negeri itu setelah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Kalau sebelum ini, jawatan itu secara tradisinya dipegang daripada kalangan ahli politik namun dengan pelantikan itu memberi harapan supaya campur tangan politik kepada pengurusan bola sepak negeri boleh dielakkan.
“Tunku Ismail juga menyatakan matlamat untuk menghindar campur tangan politik dalam arena sukan bola sepak,” katanya dipetik Sinar Online semalam.
Malah beliau menambah dengan menyatakan harapan supaya bersama-sama membantu negeri itu memengembalikan kegemilangan bola sepaknya.
Sinar Online 27 Januari lepas turut menyebut Tunku Ismail mahu memperkasa semua sukan di Johor termasuk sukan subjektif.
Pada 2009, barisan kepimpinan PBNJ bertukar tampuk kepimpinan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday.
Sementara itu, Md Jais ketika dihubungi mengalu-alukan kesediaan Tunku Ismail untuk membantu persatuan itu demi kebaikan rakyat dan anak muda Johor.
“Jika ada yang lebih baik untuk menguruskan, tidak ada masalah dan ia bukan isu, selama ini, kita (pengurusan) telah buat yang terbaik untuk persatuan dan pasukan.
“Saya sedia undur diri dan tidak ada masalah untuk sesiapa menggantikan, tetapi ia perlu dibincangkan,” katanya.
Sehubungan itu, sekalung tahniah diatas pelantikan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan