Jumaat, 13 Januari 2012

JOHOR Terkebelakang Berbanding Negeri Dibawah PR : Teo


Oleh ibn_bacoks

BATU PAHAT – Pengerusi DAP Cawangan Taman Soga Batu Pahat, En. Teo Cheng Teck mempersoalkan kemampun UMNO-Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Johor yang dakwanya sedikit kebelakang berbanding dengan di negeri Pakatan Rakyat (PR).

”Selangor ada air percuma. Apa pula dengan Johor? Kita kaya sumber alam tapi apa yang dibagi? Air di Johor mahal. Dengan Penang 3 kali ganda,” ujarnya lagi.

Katanya, walaupun pemerintahan PR baru meniti ke usia empat tahun namun pencapaianmya cukup memberangsangkan.

Malah menurutnya, apa yang membanggakan banyak bantuan yang disalurkan kepada rakyat nyata jauh lebih baik daripada apa yang diberi oleh kerajaan Barisan Nasional.

”Walaupun 4 tahun perintah, Penang contohnya Kerajaan Pakatan Rakyat DAP, kita bagi bantuan kepada orang tua RM200. Beri RM1000 kepada orang yang berpendapatan kurang RM4000 Sebulan.

”Macam-macam bantuan untuk orang susah. Jadi ini bukti walaupun empat tahun (perintah) kita mampu urus wang negeri Penang,” terangnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menambah dengan melahirkan keyakinan bahawa mood rakyat kini berpihak kepada PR hasil kerjasama politik yang dijalinkan selama ini.

”Yakin dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Kerjasama yang baik kita boleh dapat sokongan bukan Cina, Melayu dan India.

”Kita sudah tunjukkan permerintahan (yang baik). PR berkebolehan memerintah,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah umum di perkarangan Markas PAS Tongkang Pechah, Dun Parit Yaani, Parlimen Sri Gading, Batu Bahat, di sini, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan