Ahad, 15 Januari 2012

Pembangunan Hebat, Tapi Membebankan Rakyat


Oleh ibn_bacoks

BATU PAHAT – Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN)  diselar kerana kurang prihatin terhadap nasib rakyat dengan menyogok pelbagai alasan bagi membenarkan sesuatu pembangunan yang ingin dilakukan.

Menurut Hj. Aminulhuda Hasan, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Johor bahawa banyak kejayaan yang bersifat pembangunan telahpun dilakukan namun yang menjadi persoalannya ialah mampukah rakyat memiliki dan menikmatinya?

”Pembangunan di Johor. Kota Iskandar memang hebat. Tapi siapa yang dapat? Kalau rumah berkembar satu tingkat harganya RM5000 lebih. (itu) setingkat !

”Banglo pula sejuta lebih. Siapa yang mampu beli? Bukan nak menghina.

”Berapa ramai orang di JB (Johor Bahru) dihalau. Rumah setinggan banyak yang musnah (dirobohkan) ditolak, musnah orang Melayu yang sudah duduk berpuluh tahun.

”(Kerajaan) Pusat, dia kata hebat pengurusan ekonomi. Singapura, satu dollar sekarang sama dengan RM2.40. Ada orang kata, baguslah. Duit kita kecil sebab orang Singapura boleh beli barang kita! Perhabis (kesudahannya) kita tidak bertanah!

”Inilah kejayaan Barisan Nasional. Dulu duit sama nilai tapi sekarang?” soal beliau lagi.

Sementara itu, beliau turut mengecam pendirian pemimpin UMNO yang selama ini memburuk-burukkan segala pembaharuan yang telah dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sebaliknya dakwa beliau lagi setelah melihat keberkesanan sesuatu dasar itu dilaksanakan maka mereka pula mencedoknya lalu diamalkan di peringkat Pusat.

”Yang kita nak ialah buang pemimpin UMNO bukan kakitangan kerajaan. Contoh kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat.

”Kelantan. Awal pemerintahan iaitu tahun pertama pada 90 an. Sebelum itu apa? Waktu itu, perpecahan UMNO. Ada Team A dan B. (UMNO) suka berpecah, bukan PAS.

”Tok Guru (Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat) buat, kakitangan diberi cuti bersalin wanita daripada 42 hari kepada 60 hari. Bila tukar, kerajaan Pusat kata tak produktif. Mana kerajaan negeri (boleh buat sebab) tak ada duit. Siapa tiru siapa? BN tiru tak?

”Cuti 5 hari. Sebelum itu 5 hari setengah kena kerja. 5 hari kerja (adalah amalan) negara maju. 2 hari untuk rehat. Pusat (BN) kata, macam kutuk. Hari ini, berapa (hari) kerja? Siapa tiru siapa?

”Kerajaan PR banyak benda baik untuk rakyat. Itu baru perintah negeri.

”Kelantan tidak kaya. Ada program Kifalah. RM2500 untuk waris si mati. Itu yang dikatakan miskin. Kerajaan Johor yang kaya bagi apa?” soal beliau lagi bernada sinikal.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah umum di perkarangan Markas PAS Tongkang Pechah, Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan