Rabu, 4 Januari 2012

Dasar BN Perlu Diubah Untuk Selamatkan Malaysia


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN – Rakyat negara ini disaran supaya menukarkan kerajaan BN kepada PR kerana dasar-dasar yang diperkenal kebanyakannya membebankan rakyat, kata Dr Syed Hamid Ali, Ketua Cabang PKR Batu Pahat.

Malah katanya lagi, Kerajaan BN tidak berusaha mencar alternatif bagaimana menangani suatu masalah yang melibatkan mata pencarian rakyat supaya tidak terjejas.

Menurutnya lagi,  dengan mengambil contoh Keluasan hutan simpan paya laut yang dakwanya semakin mengecil dari 3000 hektar pada 1950 menjadi 61 hektar.

Hal ini, memberi erti bahawa jikalau dahulu di tebing sungai dipenuhi dengan banyak hutan bakau yang dianggarkan hampir 3000 hektar tapi kini ia tinggal 60 hektar sahaja.

”Berapa ribu % jatuh? Orang tahu hutan bakau ada udang beranak. Ada macam unggas dan ketam, tempat bertelor macam-macam ikan. Apabila sampai di laut, penuh pelbagai ikan jadi rwzeki kaum nelayan. Ikan nak bertelor kena pergi tepi pantai, selamatkan nelayan. Senang hidup dia.

”Kalau musnah hutan, apa akan jadi semua seperti musnahnya sarang burung. Pupuslah burung. Contoh runtuh rumah, ke mana nak pergi? Berukpun kalau kita tebang hutan tak ada nak pergi, akan pupus.

”Apa yang ada di laut adalah pembuangan toksid dari lapal-kapal. Apabila dah tercemar bagaimana?

”Di Pontian, dulu bergantung pada laut. Ke mana anak muda nak pergi? Kurang pekerjaan. Kalau di kliangpun orang tak ambil anak tempatan, ambil orang asing kerana kosnya murah.

”Apabila berlaku masalah, kita marah anak muda. Persalahkan mereka. Tapi dasar kita?” soalnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada satu majlis ceramah di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan