Rabu, 25 Januari 2012

Cikgu MALA Bertekad Akan Menjuarai Isu Kebajikan


Oleh ibn_bacoks

LABIS - Pn. Normala Sudirman atau mesra dengan panggilan Cikgu Mala berazam melipat gandakan kerja untuk memartabatkan Islam setelah diamanahkan secara rasmi sebagai Penyelia di Pusat Aduan rakyat (PAR) Zon Pemanis.

Katanya lagi, dengan bebanan tugas yang semakin bertambah itu menjadikan dirinya lebih bersemangat dan beriltizam dengan memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

"Bermula 16 Januari 2012, saya telah diamanahkan menerajui Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis. Selaku Pengerusi Hal Ehwal Parlimen & DUN Dewan Muslimat Pas Negeri Johor,Saya akan berusaha melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin dan beriltizam akan berusaha menjuarai isu kebajikan mereka yang masih belum terbela bersama skuad Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis.Insya- Allah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ketika ditanya berkenaan kedudukan Dun Tenang setelah beralih tugas ke Dun Pemanis, beliau yang juga bekas calon PAS di Dun itu dilaporkan berkata bahawa tugas memantau perjalanan di setiap Dun sememangnya sudah menjadi tugasnya lebih-lebih lagi kini diamanah sebagai Pengerusi Hal Ehwal Parlimen dan DUn Dewan Muslimat, maka dalam hal ini tidak timbul soal pengabaian kepada kedudukannya di Dun Tenang.

Sebaliknya tambah beliau lagi, tumpuan kepada gerak kerja perlu wujud selain berusaha mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharap segala urusan yang dilakukan akan dipermudahkan Allah s.w.t

"DUN Pemanis perlu dibantu dan Dun Tenang tidak di lupa.Tanggungjawab di peringkat negeri selaku Pengerusi Hal Ehwal Parlimen dan DUN Dewan Muslimat Negeri Johor perlu membantu semua. Lebih - lebih lagi diberi amanah selaku Naib Ketua Muslimat Negeri Johor. Yang penting, terus berjuang untuk mencari redha Allah. Syukran," terangnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kawasan Maharani, Y.B Dr. Mohammad Taslim dalam kenyataannya memberi perangsang supaya menjadikan Dun Pemanis sebagai tapat perjuangan bagi menggegarkan UMNO-Barisan Nasional.

Katanya lagi, berkat kesabaran dan ketabahan yang dilalui oleh Cikgu Mala nyata kelayakan menerajui gerak gempur pilihan raya harus dimiliki oleh bekas guru tersebut.

"Pengalaman lalu memberi keTENANGan. Ujian, badai, banjir besar dah dilalui dengan jayanya. Tahniah Cikgu Mala.

"Sekarang masa untuk mengecap keMANISan iman dan Islam. Sudah selayaknya anda menerajui PEMANIS dengan TENANG. Akan adakah Dataran Cikgu Mala di Pemanis sebagai tapak perjuangan menggegar BeeEnd(Barisan Nasional)? Salam perjuangan :-) ALLAHUAKBAR !," ujar beliau dalam laman sosial facebooknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan