Khamis, 12 Januari 2012

Markas Dibina, Petanda Sokongan Meningkat


Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Mungkin UMNO-Barisan Nasional Bahagian Pontian semakin ‘panas’ ekoran percambahan cawangan dan Markas PAS yang begitu memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Hal ini membuktikan bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi dan peningkatan itu ternyata mampu membantu menaikkan imej pembangkang di negeri Johor.

Perkara ini turut diakui oleh Sdr. Zainuzabha Baharom, Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut dengan katanya banyak program berupa penerangan yang dirangka telah mendapat sambutan dan masyarakat sedar bahawa BN sudah tiada taringnya lagi untuk dinobatkan sebagai juara rakyat.

Sebaliknya, beliau mendakwa istilah juara rakyat itu hanyalah sandiwara bagi menutup segala lompang-lompang kesalahan dengan harapan rakyat masih menyokong mereka.

”Mereka (UMNO) dakwa merekalah ‘juara rakyat’. Sebelum ini kehadiran lebih 8000 orang dalam majlis bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lepas memberi gambaran bahawa rakyat masih menyokong mereka.

”Sedangkan yang hadir itu adalah seperti pelajar sekolah yang tak boleh mengundi lagi dan orang-orang kampung yang disediakan bas sebagai pengangkutan ke program mereka. Seolah-olah ini tidak berbaloi dengan perbelanjaan yang dilaburkan. Sudah tak praktikal,” ujarnya lagi.

Sedangkan katanya, program penerangan anjuran PAS dilihat sentiasa menepati citarasa dan sasaran apabila lapisan rakyat hadir tanpa disogok dengan wang ringgit.

”Ceramah yang kita anjurkan tidaklah sampai RM1000. Tapi yang hadir alhamdulillah. Sebab rakyat dah sedar,,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui Mtd-Benut.blogspot.com pada Majlis Pecah Tanah bagi Pembinaan Markas PAS Cawangan Parit Tengah Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian telah diberi penghormatan menyempurnakan upacara majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan