Rabu, 11 Januari 2012

Malaysia Negara Yang PELIK Kalau BN Tidak Boleh Tumbang – MAT SABU


Oleh ibn_bacoks

BATU PAHAT – Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan bahawa rakyat negara ini adalah antara masyarakat yang pelik di dunia ini jika UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak berjaya ditumbangkan dalam Pilihan raya akan datang.

Hal ini, kerana katanya proses perubahan dan peralihan kuasa pada zaman ini sedang berjalan di seluruh dunia sehingga regim yang dahulu dianggap zalim telah kecundang akibat desakan rakyat.

”Di Malaysia, PAS boleh menang ke? Kalau tak menang, (masyarakat Malaysia) manusia paling pelik di dunia. (sebab) regim yang zalim(pun) boleh tumbang,” katanya bernada sinikal.

Katanya lagi, di Timur tengah sebelum ini nyata telah mengamalkan pemerintahan bercorak kuku besi. Manakala kemenangan pula dianggapnya mudah setelah mengungguli kejayaan lebih 90 peratus daripada kerusi Parlimen yang telah dipertandingkan.

Tambahan pula, tekanan politik turut dikenakan kepada parti pembangkang utama sehingga ada pemimpinnya  yang dipenjara dan ada yang terpaksa menjadi imigran di negara lain.

Namun, tegasnya lagi penghargaan harus diberikan kepada anak-anak muda yang telah memainkan peranan penting dalam proses menumbangkan regim yang zalim kerana arus perubahan itu tidak boleh disekat lagi.

”Walaupun demokrasi tidak sempurna tapi Parti Islam menang besar di Mesir-Tunisia dan lain-lain tempat.

”Ikhwanun Muslimin menang 40% kerusi mendahului parti lain dalam pusingan ke 3,” terangnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Markas PAS Pekan Tongkang Pechah, Parlimen Sri Gading, Batu Pahat, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Tn. Hj. Aminulhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, En. Ghan Chok Peng, Penolong Setiausaha DAP Johor, Hj. Hashim Jusoh, Yang Dipertua PAS Kawasan Sri Gading.

Dalam pada itu, Johor dianggapnya amat berpotensi bagi mencipta sejarah baru kerana tempias perubahan yang bermula di Timur Tengah itu mula dilihat menjalar dan menyusup masuk ke dalam pemikiran rakyat negara ini.

”Dua minggu lepas, saya pergi ke Kaherah (Mesir). Berceramah di hadapan mahasiswa Malaysia di sana. Ada pelajar mengatakan, ceramah saya adalah paling ramai kehadirannya. (petanda) Pelajar di sana sudah berani kerana perubahan sudah berlaku.

”(Pelajar) yang ramai, pertama, Kelantan. Kedua, Selangor. Ketiga, Johor ! Nak cari yang UMNO, nak buat ubatpun tak ada.”

”(sejumlah) 11.000 orang pelajar, separuh ambil bidang kedoktoran. Separuh lagi bidang agama.

”Pelajar berani kerana Mesir (amalkan pemerintahan) kuku besi boleh tumbang. Malaysia tak mustahil,” tegas beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan