Oleh ibn_bacoks
JOHOR BAHRU - KERAJAAN Johor dibawah Menteri Besarnya Y.A.B Dato` Abdul Ghani Othman digesa campur tangan gara-gara melambatkan isu yang membabitkan status pemilikan tanah yang didiami orang ASli seluas 36 ekar yang didakwa telah didiami sejak tahun 1960-an.
Gesaan ini turut mendesak supaya kerajaan Johor memberi penjelasan dengan mengadakan perundingan agar tidak dipanjangkan.
Menurut Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhamad Sha’ani Abdullah sewaktu mengadakan sesi dialog bersama komuniti itu berkata, pihaknya bertindak selaku perantara bagi mewujudkan saluran penyelesaian bagi isu yang dibangkitkan.
“Sebarang kerja pembangunan dihentikan. Proses seterusnya ialah Orang Asli dan pihak sepatutnya harus memulakan rundingan dan penjelasan kerana masih banyak persoalan asas masyarakat Orang Asli ini yang perlu dijelaskan.
“Ia perlu dijelaskan supaya tidak terus menjadi satu isu tidak puas hati di kalangan mereka dan juga satu perkara yang boleh memburukkan nama baik kerajaan,” katanya dipetik melalui Sinar Harian.
Semalam, 28 Januari, akhbar itu melaporkan seramai Lebih 100 penduduk Orang Asli Seletar Laut, berang apabila tanah perkuburan nenek moyang mereka didakwa dicerobohi bagi projek pembangunan.
Dalam perkembangan berkaitan, isu ini telahpun disuarakan komuniti itu setelah Orang Asli Seletar berarak untuk mengHantar Memorandum Ke Bangunan Sultan Ismail yang turut menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 15 Dis 2011.
Dalam satu laporan yang disiarkan melalui portal milik pembangkang-Nusajayakini, kira-kira 500 orang Asli Seletar menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi membantah pemberi milikan tanah dan kawasan mereka kepada pihak lain.
Mereka juga membantah rancangan pembangunan besar-besaran di bawah Iskandar Malaysia yang menindas hak dan kepentingan Orang Asli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan