Ahad, 22 Januari 2012
KAGUM Dengan Pandangan Sendiri Antara VIRUS Dalam Gerakan Islam
Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – Para pendokong gerakan Islam PAS dinasihatkan supaya membuangkan segala sifat mengutamakan dirinya, kerana mungkin peranannya hanya pada separuh perjalanan sahaja bilamana orang lain pula yang akan menyambung peranannya itu.
Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPK) Pontian dengan katanya sekiranya ia ingin membina pandangannya bersendirian sudah pasti ia tidak akan berjaya dan tidak berkemampuan untuk berbuat demikian serta pembinaan itupun tidak akan sempurna.
Menurutnya di antara penyakit-penyakit yang mengganggui perjalanan amal jama’ie ialah sifat bakhil yang amat dituruti, hawa nafsu yang mengutamakan dan berbangga dengan pemikiran sendiri.
“Bilamana seseorang manusia mematuhi hawa nafsunya dan melayan sifat bakhilnya, mengutamakan dunia serta ‘ujub (kagum) dengan pemikirannya, manusia itu tidak mungkin dapat hidup dengan jamaah,” ujarnya lagi.
Beliau berkata dengan memetik pandangan daripada ulamak terkemuka Said Hawwa R.A bahawa penyakit yang dinyatakan itu boleh diubati seperti sifat bakhil ialah dengan amalan bersedekah.
Manakala Hawa nafsu yang dituruti pula perlu diubati dengan membiasakan diri seseorang itu untuk selalu bercanggahan dan menentang kehendak hawa
nafsunya serta menuntun jiwanya untuk kembali ke jalan Allah SWT.
Malah bila seseorang itu berasa pandangannya lebih hebat daripada pandangan ahli Syura maka ia harus diubati pada diri pengidapnya sendiri iaitu memuhasabah bahawa Allah SWT adalah Maha Hebat dari segala-galanya.
“Kembali ke arah diri, betapa lemahnya, betapa lemahnya ía. Di samping itu ia hendaklah melihat betapa berkatnya pandangan syurã yang matang, saf yang matang dan kepimpinan yang matang; bertolak dari keinsafan ini ia akan terasa betapa lemahnya pemikiran bersendirian.
“Faktor yang paling penting di dalam usaha pengubatan penyakit ini ialah membiasakan diri dengan syura,” jelasnya lagi ketika dihubungi semalam.
Beliau bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang berharap isu Dr. Hasan Ali dapat diselesaikan dengan cara syura pada 8 januari lepas.
Semalam akhbar Sinar Harian melaporkan Mursyidul Am Pas itu berharap tindakan yang diambil terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyelesaikan konflik dalaman parti itu selama ini.
Dr Hasan dipecat dari keahlian Pas pada 8 Januari lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pas dan sehingga kini mengeluarkan pelbagai kritikan terhadap kepimpinan parti itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan