Ahad, 1 Januari 2012

Akan Dipulau Jika Mahu Tubuh Cawangan


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN – PAS Dun Benut menyelar sikap seorang pemimpin UMNO tempatan yang bertindak mengancam untuk memulau aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ketua PAS cawangan (penaja) Kampung Parit Tengah Benut, Sdr. Abd. Latiff.

Menurut Setiausahanya, Sdr. Zainubzabha Baharom, tindakan pemimpin itu disifatkannya sebagai ‘orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri’ dan hal ini boleh menimbulkan perpecahan dikalangan masyarakat.

Malah, beliau mempersoalkan dimanakah kewajarannya bertindak sedemikian dan ini menggambarkan yang mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa sokongan rakyat terhadap UMNO Pontian sudah mula terhakis sedikit demi sedikit.

”Dimana sikap gentleman mereka? Apa yang membanggakan, Jawatankuasa cawangan yang baru itu tidak mempedulikan ugutan tersebut malah bertekad untuk teruskan perjuangan kerana UMNO sudah tidak relevan sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Mtd-benut.blogspot.com semalam.

Beliau mengulas hal ini, berkenaan majlis pelancaran penubuhan PAS Cawangan Parit Tengah, Unit Peti Undi (UPU) Simpang Jawa dan penyerahan borang PAS oleh Sdr. Abd. Latif bersama 30 orang yang lain kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor dekat sini, Jumaat lepas.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, beliau menambah lagi dengan katanya selepas Pilihan raya (PRU) ke-12, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS di Pontian telahpun meningkat.

Hal ini, kerana ada tiga cawangan lain telah ditubuhkan dakwanya turut menerima nasib yang sama berikutan pelbagai provokasi dan tuduhan yang dilemparkan pada awal-awal penubuhannya.

”Cawangan pertama di Kampung Jelutong. Kedua, di Parit Betak dan ketiga, di Kampung Permatang Duku serta satu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan manakala satu lagi dalam proses (penubuhan) di perkampungan orang Asli.

”Di (cawangan) Kampung Jelutong awalnya ada tuduhan mengatakan nak tubuh ajaran sesat. Setelah dua kali ceramah diadakan, tuduhan itu senyap. Masyarakat mula sedar dan faham dengan kehadiran PAS.

”Di (cawangan) Pt. Betak dan Kampung Permatang Duku, sedikit kecoh dengan kehadiran Ir Nizar (ada pihak tidak bertanggung jawab) buat sepandok provokasi.

”Ini semua kerana kebimbangan mereka telah berada pada tahap maksimum,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan