Khamis, 1 Mac 2012
Ada Hijab : Manusia Tidak Takut Allah
Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – Bob Lokman, Selebriti terkenal berpendapat, manusia yang tiada rasa gerun terhadap Allah SWT kerana diri mereka dihalangi oleh hijab atau pagar.
Menurutnya lagi, suka kepada nafsu merupakan penyebab diri manusia dihijab sehingga akal tertutup untuk mentaati perintah Pencipta.
Beliau mendakwa, Yahudi telah mencipta hijab ini bagi melemahkan iman umat Islam malah lebih malang lagi pencipta-pencipta slogan kebendaan masih mengikut telunjuk mereka meskipun mengaku beragama Islam.
”Macam-macam slogan diperkenalkan. Dasar pandang ke timur, Wawasan 2020, Islam Hadhari, 1Malaysia, dan banyak lagi. Slogan yang menjurus kepada ekonomi patut dipatuhi. Kalau tak ikut, orang akan ketinggalan.
”UMNO dahulukan benda ini. Iaitu ekonomi. Lalu diberatkan. Orang akan jadi berat hingga kuat bekerja tapi lupa mati,” jelas beliau lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Forum Hijrah di Unit Peti Undi Parit Abdul Rahman, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Turut berucap, Sham Kamikaze, Gitaris terkenal, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.
Tambah beliau lagi, rasa takut merupakan anugerah Allah yang manusia lupa untuk menghargainya.
Dalam pada itu, perubahan untuk menjadi ‘baik’ ujarnya adalah setelah melihat dua peristiwa kematian yang membabitkan manusia yang rapat dengannya.
Detik-detik yang menginsafi diri itu membuahkan rasa gelisah dan persoalan ini bertalu-talu difikirkan bagaimana peluang untuk membaiki diri masih punya ruang baginya.
”Orang yang pertama, orang miskin tapi kenal kematian. Boleh jawab soalan kubur kerana hidup dengan kalimah syahadah.
”Manakala orang yang kedua, di hujung kematian sama. Bezanya sebelum mati, bagaimana kehidupannua. Bergelumang dengan dosa,” ujarnya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan