Khamis, 19 Julai 2012

XPDC Kebajikan PEMUDA Tembus Kubu Kuat UMNO



PONTIAN – Jelajah (XPDC) Kebajikan Pemuda PAS Pontian dengan kerjasama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut minggu lepas telah bertandang di salah satu kubu kuat UMNO Bahagian Pontian.
Menurut Ketuanya, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Kampung terbabit yang terletak di Peti Undi (UPU) Permatang Sepam adalah merupakan kawasan gelap bagaimanapun bibit-bibit kemenangan hampir dirasai setelah pihaknya berjaya menjejaki beberapa individu yang boleh bekerja sebagai jentera pilihan raya kelak.
”Walaupun kami tidak bimbang dengan kawasan tersebut ekoran ramai pengundinya dikalangan orang Cina, bagaimanapun, usaha mendekati masyarakat Melayu giat dijalankan.
”Lagipun, penghujung tahun 90 an, PAS pernah menganjurkan ceramah di kampung tersebut. Ini bermakna kami ada penyokong. Cuma selepas persempadanan semula kawasan Parlimen, ia menyukarkan kami mengesan jentera di situ.
”Alhamdulillah, sebuah bilik gerakan peti undi akan dibuka, setelah berjaya mengumpulkan tenaga dan perkembangan ini, pastinya akan memberikan satu lagi kejutan kepada UMNO seperti mana tertubuhnya satu cawangan baru di sebelah kampung mereka iaitu Permatang Duku,” katanya lagi.
Faizul berkata demikian ketika di temui pada majlis Jelajah Kebajikan Pemuda PAS Pontian, di Kampung Permatang Palas, Unit Peti Undi (UPU) Permatang Sepam, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Noor Azan Mohmad, Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.
Dalam pada itu, Kampung Permatang Palas yang sinonim dengan rancangan realiti tv ‘AMEKAW’ tv3 melakarkan satu lagi kejayaan apabila peserta XPDC berjaya menyantuni 7 orang warga emas dan ibu tunggal sekaligus menyampaikan sumbangan berupa barangan harian.
”Kami tak sangka ada 3 orang adik beradik warga emas yang perlukan pembelaan daripada pimpinan UMNO malangnya tidak diendahkan.
”Seperti Sarmin Marijo,70, dan adiknya Kharinah Marijo,65, ada ketumbuhan dibawah dagu sejak 3 tahun lalu. Hanya mengharapkan sumber pada 3 ekar kebun kelapa sawit selain bercucuk tanam sebagai pendapatan sampingan. Tinggal di rumah usang.
”Manakala adiknya pula, Sarpin Marijo, 69, pengidap kencing manis mendakwa sudah memohon bantuan kepada pimpinan masyarakat malangnya tiada perkembangan positif diterima. Selain menyara seorang isteri dengan pendaatan RM100 sebulan dari hasil kebun 3 ekar yang dikongsi bersama adik dan abangnya tadi, dia juga menyara dua orang cucu,” katanya lagi.
Sehubungan itu, pihaknya mengharapkan ehsan orang ramai agar turut membantu bagi meringankan beban yang dihadapi oleh warga emas terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan