Selasa, 17 Julai 2012

TPM Diajak Berdebat



JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah individu yang layak untuk diundang berdebat berhubung isu masa depan komuniti india di negeri ini kerana beliau bekas Menteri Besar itu.
Menurut Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, sebagai platform terbaik bagi membuktikan kedua-dua parti mewakili semua rakyat Malaysia, pihaknya percaya penganjuran debat itu harus diadakan diantara pemimpin DAP dengan UMNO.
”Saya juga ingin memberikan maklum balas terhadap kempen oleh pihak tertentu yang mendakwa saya bersifat rasis dan tidak membantu masyarakat India di negeri ini.
”Saya ingin mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin untuk berbahas mengenai sama ada kewangan negeri Johor dapat diurus dengan baik khasnya berkaitan Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan.
Akhbar hari ini menyebut Cheng Hau yang juga ketua Pembangkang Johor menyokong serua PKR yang menyeru Pakatan Rakyat (PR) mengadakan perdebatan bersama pemimpin UMNO bagi membangkitkan isu komuniti kaum India.
”Kita sepatutnya tidak mempraktikkan budaya ‘tribalisme’ di mana UMNO mewakili Melayu, MIC mewakili India manakala MCA mewakili masyarakat Cina sahaja.
”Negara kita tidak akan mencapai perpaduan sejati jika parti politik masih ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan