Isnin, 2 Julai 2012

Husam ‘Sebak’ Iringi Salahuddin




Blog Ibn75.wordpress.com

JOHOR BAHRU – Dato’ Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS sebak apabila secara rasminya mengiringi YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada rakyat Johor untuk bertanding dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 akan datang.

Beliau yang hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor memberitahu bahawa kedatangan Salahuddin ke Kelantan pada 2004 telah menjadi sebahagian daripada kerabat di kawasannya di mana tempat beliau diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kubang Kerian.

Menceritakan pengalamannya, Husam tidak pernah membincangkan dan mempertikaikan kedudukan Salahuddin di situ selagi pucuk pimpinan parti putuskan yang ahli Parlimen Kubang Kerian itu boleh diberikan peluang bertanding sehingga berlakunya Kiamat.

Malah, beliau sendiri telah membentuk satu pasukan kerja yang mantap bagi memastikan kemenangan parti Islam itu di kelantan terus dikekalkan.

Dengan sebab itu ujarnya beliau telah diamanahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang bagi memberi laluan kepada anak kelahiran Pontian merebut kerusi di kawasan yang ber’majoriti’kan 17,000 sebelum peralihannya itu.

”Malam ini, saya hadir ke mari untuk iringi teman saya (Salahuddin). Saya doakan kejayaan untuk pejuang seluruhnya. Saya iringi kepulangan Salahuddin ke Johor. Doakan kami di Kelantan,” katanya lagi.

Dengan penyerahan itu, sekaligus menamatkan dakwaan bahawa kepulangan Naib Presiden PAS itu untuk bertanding di negeri ini pada pilihan raya (PRU) 13 nanti tidak diterima kepimpinan PAS di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan