PONTIAN – Pengelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood tidak menolak kemungkinan dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 boleh berlakunya kepincangan berikutan UMNO ingin mencadangkan simulasi Pilihan raya Umum (PRU) dijadikan silibus dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Dakwanya lagi, dengan menggunakan platform PLKN dibimbangi ia dilakukan bagi memenuhi hasrat dan cita-cita parti itu untuk mengekalkan kuasa.
”Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi berkata, tahun hadapan simulasi pilihanraya akan dijadikan silibus dalam PLKN, tujuan dedahkan peserta dengan proses pilihanraya sebenar.
”Apa yang dimaksudkan pilihanraya sebenar. Mungkin selama ini proses pilihanraya berjalan dengan pincang dan menyalahi undang-undang atau akan menggunakan kem PLKN untuk kepentingan UMNO BN ,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku berkata, UMNO terdorong bertindak sedemikian setelah melihat anak muda tidak berminat terhadap perjuangan yang dibawa oleh mereka mutakhir ini .
”Apatah lagi PLKN melibatkan pasukan tentera . Kita perlu memantau kenyataan tersebut supaya kerajaan BN tidak berwenang menyalahguna kem PLKN, yang akhirnya semakin jauh tersasar dari matlamat penubuhannya .
”Kerana UMNO BN sememangnya Dulu, Kini dan selamanya mengamalkan budaya memperalatkan program dan agensi kerajaan untuk mengekalkan pengaruhnya,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan