SIMPANG RENGGAM – Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengulangi pendiriannya hari ini berhubung peralihan tampuk kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor yang dakwanya sayap kanan parti itu memang bermasalah
Katanya, sehingga hari ini mereka gagal mengeluarkan kenyataan yang menyakinkan sebagai menafikan yang krisis kepimpinan dalam pergerakan itu wujud seperti yang didakwa.
“Keretakan berlaku dalam pimpinan pemuda UMNO Johor seperti desakan daripada 16 ketua bahagian agar Fadil yang juga Ketua pemuda Ayer Hitam meletakkan jawatan.
“Bila khairi (Jamaluddin) datang ke Johor dan umumkan pertukaran itu, ini menjadi bukti yang mereka berbalah. Adakah mereka menipu? mereka tak jawab!,” katanya lagi.
Suhaizan berkata demikian sewaktu mempengerusikan mesyuarat EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) kali ke 14 di Pejabat DPPNJ, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Mohd Faizul Mohd Salleh, Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor dan Shamsul Bakri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Johor.
Sementara itu, Suhaizan yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Simpang Renggam memberitahu bahawa kemelut yang berlaku ini telah menaikkan imej PAS di mata rakyat Johor dan dalam masa yang sama pihaknya bersedia untuk mendekati rakyat melalui pelbagai program yang bakal dilaksanakan.
Akhbar sebelum ini melaporkan yang Suhaizan mendakwa isu rombakan kepimpinan Pemuda Umno Johor dengan sendirinya mengesahkan terdapat krisis kepimpinan dalam pergerakan itu.
Suhaizan dalam beberapa kenyataannya sebelum ini turut mendakwa Mohd Fadil Muskon (Ketua Pemuda sebelum ini) tidak disenangi pemimpin akar umbi Pemuda yang mengkritiknya tidak menjaga kebajikan pergerakan itu di peringkat bahagian.
Walaupun Dakwaan pergolakan itu dinafikan pelbagai pihak dalam Pemuda Umno bagaimanapun ia belum cukup ampuh untuk membuang persepsi yang mereka tetap ‘bermasalah’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan