Ahad, 22 Julai 2012

7 Hari Tempoh Diberi Untuk Selesaikan Masalah



PONTIAN – ”Tujuh hari kami bagi tempoh. Kalau tiada tiada perkembangan positif kami akan ambil tindakan. Kita akan adukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR). Kalau tiasda tindakan diambil, kita ajukan kepada Sultan Johor,” demikian kata Ungku Mohd Noor Ungku Mahmod, Penyelia PAR Pulai Sebatang berhubung isu jalan rosak di Kampung Parit Jawa, Kayu Ara Pasong, di sini.
Beliau mendakwa, Ahli Parlimen Pontian, YB Datuk Ahmad Maslan kurang memberikan perhatian kepada permasalahan penduduk sebaliknya lebih menumpukan program yang membawa unsur yang melekakan rakyat.
”Pontian bagi UMNO tempat selamat. Sebab itu dia tak peduli. Peliknya (Ahmad Maslan) sibuk rasmi pecah tanah. Tadi masa saya lalu jalan ke Tampok, ada Karnival Jom Balik Kampung. Dia rasmikan program yang buat orang leka,” katanya lagi.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku kesal laluan yang berlubang kira-kira satu kilometer itu boleh mengundang risiko kemalangan dan kerosakan harta benda.
Mengenangkan Malaysia dikatakan memiliki pembangunan yang hebat bagaimanapun katanya keadaan dhaif di negeri berstigma ‘maju’ tidak sepatutnya perkara seumpama ini berlaku.
”Bayangkan kalau ibu yang nak bersalin bila nak di bawa ke Hospital. Apa akan jad?. Kanak-kanak yang bermain ada yang berjahit di lutut. Begitu juga dengan rim kenderaan, banyak yang rosak. Malah saya fahamkan, di kampung ini juga merupakan tumpuan kaki pancing.
”Tidakkah kerajaan UMNO melihat perkara ini. Sampai bila nak dibebankan penduduk dan pengguna jalan yang dianggap laluan pintas ke Johor Bahru dan ke Batu Pahat,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan