Khamis, 26 Julai 2012

Tiang Jambatan Dicabut?





PONTIAN – Tiang pada Jambatan batu bagi Kampung Parit Betak Darat didakwa ‘patah’ dan tumbang dipercayai akibat tiada ketahanan menampan muatan kerana ia dijadikan tempat ‘lepak’ pihak tertentu.

Menurut seorang penduduk, Mohd Azhar Abdul Aziz, 20, kerosakan itu dikesan kira-kira 3 minggu yang lepas sehingga kini tiada pihak yang mahu mengaku bertanggungjawab.

Selain itu dia mempersoalkan mengapa dibiarkan tanpa sebarang tindakan sedangkan jambatan tersebut merupakan laluan utama penduduk kampung menjalani rutin harian.

”Pagar itu rosak kira-kira tiga minggu (sebelum berita ini disiarkan) lalu sebab patah sikit-sikit kerana budak-budak lepak. Jambatan itu saya kira berusia 20 tahun bernasib baik kerana ia tumbang ke dalam parit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima aduan tersebut dan pihaknya akan mengenengahkan kepada pihak bertanggungjawab.

”Kita desak YB turun padang perbaiki dan ada penghadang jalan bagi mengelak ada mangsa terjatuh dan ditimpa kemalangan,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan