Selasa, 24 Julai 2012

Keutamaan Ahmad Maslan Terkhilaf



PONTIAN – Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian terkhilaf dari sudut keutamaan berhubung pemberian agihan moreh kepada 51 masjid dan 120 surau di seluruh Parlimen ini, kata Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.
Sedangkan dakwanya, terdapat sebuah surau bagi kegunaan orang ramai untuk melipatgandakan ibadah dan amal di bulan Ramadan di Kampung Parit Hj. Hussien bagaikan hidup segan mati tak mahu.
Patutnya, kata Ustaz Atan lagi, peruntukan kepada surau itu perlulah didahulukan.
”Kami pelik, apakah maknanya mewar-warkan pemberian moreh dan beritanya tersiar dalam akhbar tapi sebuah ada surau yang tidak terurus yang perlukan perhatian.
”Malangnya, Surau itu berada betul-betul di sebelah Kampung Ahmad Maslan di Parit Hj Yusoff iaitu Surau Parit Hj. Hussin. Saya tak tahu, di mana perkiraan keutamaan bagi seorang timbalan menteri itu ?” katanya lagi.
Ustaz Atan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar agihan moreh kepada 51 masjid dan 120 surau di seluruh kawasan Parlimen Pontian.
Ahmad dilaporkan berkata, bantuan moreh diberikan pada awal Ramadan bagi membolehkan pihak masjid dan surau menggunakannya untuk majlis berbuka puasa atau selepas solat Terawih.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan itu di Masjid Jamek Kampung Api-api dan Kampung Parit Tengah, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan