Khamis, 7 Mei 2009

Mat Sabu dibebaskan di Tg Malim


Mat Sabu dibebaskan di Tg Malim
May 7, 09 1:07pm
kemaskini 4.05pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang ditahan secara misteri petang semalam dibebaskan di mahkamah Tanjung Malim, Perak selepas polis gagal meremannya.

Isterinya Normah Alwi memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau bersama seorang anak mereka menyambut pembebasan tersebut pada jam 3.30 petang di situ.

Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut laporan awal akhbar PAS Harakahdaily, Normah diberitahu oleh polis Bukit Aman bahawa suaminya telah dibawa ke Tanjung Malim pagi tadi untuk dihadapkan ke mahkamah.

Polis semalam tidak menjelaskan siasatan tersebut dibuat untuk mana-mana kes kecuali menyatakan "mendorong orang ramai dan penyokong PAS berkumpul di Ipoh" sempena persidangan DUN Perak yang bermula pagi ini.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub semalam tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi tadi berkaitan persidangan DUN tersebut.

Mohamad Sabu ditahan jam 3.15 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur selepas keluar dari sebuah restoran dan difahamkan sedang berjalan ke pejabat Harakah.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Menceritakan saat-saat tersebut, Salahuddin berkata, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan