May 7, 09 4:18pm |
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan pada petang ini. Tindakan Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu. ![]() Tetapi Sivakumar yang juga ADUN DAP itu tidak kelihatan di dalamnya. Sementara itu, Datuk R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan berbuat demikian. ![]() Raja Nazrin Shah kemudiannya berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN. Baginda kemudian kelihatan bertitah kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan). Mohd Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing. Raja Nazrin berangkat pulang selepas menyampai titah dan merasmikan sidang DUN dan kelihatan diiringi oleh Mohd Nizar. |
Khamis, 7 Mei 2009
DUN Perak: Sivakumar dipaksa keluar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan