Isnin, 30 November 2009

Mais bincang isu tarik balik tauliah Khalid

Salhan K Ahmad ( Mstar )
kemaskini 30/12/09

Status tauliah mengajar agama ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Khamis ini.
Pembantu wakil rakyat PAS itu Mohd Jamil Abd Rahim berkata, jaminan tersebut diberikan oleh Ahmad Zaki Arsyad, ketua penolong pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah ketika mereka bertemu di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.Mohd Jamil bersama sekumpulan ahli kariah Shah Alam menyerahkan memorandum kepada jabatan agama negeri bagi membantah tindakannya menarik balik tauliah mengajar agama kepada Khalid tahun lepas.

Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008, Khalid diberikan tauliah sementara mengikut kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardu ain dan berkitab).Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan pada 28 Oktober tahun itu susulan tapisan keselamatan polis Selangor yang mendapati Khalid mempunyai "rekod jenayah". Rekod jenayah itu bagaimanapun tidak dijelaskan oleh Jais dan juga polis negeri.Pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin awal bulan ini dilaporkan berkata tauliah Khalid ditarik dengan alasan pemimpin PAS Shah Alam itu "tidak sesuai membaca khutbah."Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohd Jamil berkata memorandum berkenaan yang disokong dengan lebih 1,000 tandatangan ahli-ahli kariah di kawasan parlimen tersebut bertujuan membantah kenyataan Mohamed Khusrin tersebut.

Ketika dihubung kemudian untuk penjelasan, Ahmad Zaki berkata keputusan berhubung tauliah Jais kepada Khalid mungkin akan dapat diketahui seawal-awalnya pertengahan Disember."Untuk kes-kes biasa, mungkin keputusan dapat diberitahu (kepada pemohon tauliah) seawal dua minggu (selepas mesyuarat jawatankuasa)."Tapi kes ini istimewa sedikit," katanya, yang akan membawa isu tersebut kepada mesyuarat Mais."Saya cuma boleh usulkan, tetapi bergantung kepada mesyuarat sama ada hendak bincang atau tidak.

" Ahmad Zaki menjelaskan, mesyuarat jawatankuasa itu yang dianggotai tujuh orang, termasuk ketua polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, akan memutuskan sama ada untuk mengekalkan keputusan sedia ada atau memanggil wakil rakyat PAS itu untuk menjalani temuduga semula."Sebabnya ada pihak yang merayu supaya penarikan tauliah dikekalkan dan ada yang merayu supaya (Khalid) diberikan tauliah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan