Isnin, 23 November 2009

Hassan Karim Sah Letak Jawatan Presiden PRM

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (mstar)

PETALING JAYA: Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta kerana setelah usulnya agar parti itu menyertai komponen Pakatan Rakyat ditolak.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online petang Ahad.
"Ya, benar," katanya ringkas menjawab pertanyaan mStar berhubung berita mengenai perletakan jawatan Hassan.

Difahamkan Hassan telah menghantar surat peletakan jawatannya baru-baru ini.
Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.

Bagaimanapun usul berkenaan telah ditolak oleh perwakilan kongres.
Dalam pada itu, melalui surat yang dihantar Hassan kepada Koh yang turut diedarkan kepada pihak media, beliau berkata peletakan jawatannya adalah bagi menebus maruah berikutan penolakan usul yang dikemukakannya.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuat-kuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat saya mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuat-kuasa serta merta juga," katanya.

- Kami dari Seluruh Jentera Pakatan Rakyat Pontian menyokong pendirian Hasan Karim untuk menyertai Pakatan Rakyat.Kami juga akan bersama Hasan Karim untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat.Sememangnya beliau amat berpengaruh di kawasan Pontian.Kerana adanya pejabat peguam di Pontian.Dengan itu Pakatan Rakyat Pontian akan terus kukuh dah utuh dengan kemasukkan beliau dalam Pakatan Rakyat.Al-hamdulillah setiap program 2009 jika ada aktiviti ceramah umum pasti kami dari PAS Pontian akan menjemput beliau bersama di pentas Pakatan Rakyat.Walaupun beliau ketika itu merupakan Presiden PRM tetapi atas pegangan kuat menyokong gerakkan rakyat beliau telah keluar dalam PRM untuk bersama gelombang rakyat.Teruskan perjuangan...kami akan bersama anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan