N RAKYAT HADIRI CERAMAH TOK GURU
Hujan renyai-renyai dan sekali sekala lebat tidak menghalang ribuan rakyat dari menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Chemor malam tadi. Turut serta dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Seri Hj Nizar, YB Dato' Ngeh Kho Kham dan Mustapha Kamil Ayob. Mereka juga turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut.
Ucapan YB Dato' Ngeh Kho Kham mencuit dan menyentuh orang ramai, beliau bukan sahaja mengulas sidang DUN 28 oktober dan bajet 2010 yang dibentang oleh Najib di Parlimen malahan mengupas isi-isi ucapan Tok Guru yang disampaikan dalam konvensyen. Jelas sekali kupasannya terhadap konsep takwa sebagaimana yang dikupas oleh Tok Guru. Ini menunjukkan bahawa beliau cukup memahami beberapa perkara dalam Islam setelah berkawan dan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PAS, semuga sahaja beliau akan mendapat petunjuk dari Allah swt dan terbuka hatinya untuk menerima Islam.
Kesempatan itu juga, Tok Guru telah merasmikan bangunan Markaz PAS Cawangan Pekan Chemor yang akan menjadi pusat kegiatan parti dan kemasyrakatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan