Dua hari lepas Badrul Hisham Abdullah, ADUN Perlabuhan Kelang, Selangor telah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas (menyokong Bn).
Pengumuman ini telah dijangk lama cuma ramai yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya menanti bilakah pengumuman keluar parti ini akan dilakukan. Pengumuman dua hari lepas cukup melegakan bagi yang ternanti - nanti pengumuman tersebut.
Apa yang berlaku ialah sejak dari memenangi kerusi DUN Perlabuhan Kelang, Badrul sudah menunjukkan sikap tidak seriusnya.Dia tidak hadiri beberapa mensyuarat penting tanpa alasan munasabah. Dia juga tidak menjalankan khidmat selaku wakil rakyat dengan baik. Terlalu banyak rungutan wujud ditempatnya.
Sudah beberapa kali dia diberikan amaran namun seolah tidak dihiraukan.
Umno walaupun secara luaran menyerang prestasi ADUN tersebut namun secara senyap membuat hubungan untuk 'membelinya' kerana sedar sikapnya yang tidak serius menjadi wakil rakyat dan mungkin mudah dibeli.
Akhirnya beliau didesak oleh parti untuk meletakkan jawatan, mengosongkan kerusi DUN Perlabuhan Kelang bagi membolehkan seorang wakil rakyat yang lebih efisen dipilih kerana prestasinya yang tidak baik.
Akhirnya beliau mengistiharkan keluar parti dengan perbagai alasan. Serentak dengan pengumuman beliau pemimpin Bn pun ramai yang mengeluarkan kenyataan kononya sedia bekerjasama membantu dia melaksanakan tugas.
Ini semua sebagai bukti PAKATAN (KEADILAN) serius dana bab prestasi wakil rakyat. Tidak kira kamu wakil rakyat biasa atau Timbalan Ketua Menteri jika prestasi tidak baik maka kamu harus meletakkan jawatan.
Ini juga sebagai amaran kepada wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen lain, jangan main - main perlu serius kalau tidak nasib kamu juga sama.
Biarlah seorang ADUN lari ke Bn asalkan KEADILAN membuktikan prinsip bukan semata kuasa politik tetapi janji kepada rakyat harus dikota.
Bn sememangnya sentiasa bersedia memancing semua wakil rakyat bermasalah dari PAKATAN. Di Perak contohnya wakil rakyat yang didakwa rasuah dipancing Bn di culik di tempat Najib sebelum istihar keluar parti. Sama juga di Selangor wakil rakyat bermasalah dipancing juga oleh Bn.
Cuma dalam perkembangan ini che'GuBard pula rasa kurang selesa apabila menerima banyak email, sms dan panggilan telefon. Perkara yang sama juga melanda teman - teman rapat cheGuBard.... semuanya kerana mengatakan Badrul (ADUN Perlabuhan Kelang) itu cheGuBard.
Malah akhbar berbahasa cina Kwong Wah Yit Poh 'tanpa segan silu' menyiarkan berita Badrul keluar parti dan meletakkan gambar cheGuBard dalam siaran berita muka depannya.
Harap posting ini menjelaskan kekeliruan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan