| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam. Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih. “Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya,” ujarnya. Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu. "Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi. Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan. "Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru. Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad. Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais. |
KUALA LUMPUR, 10 Julai — PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu.
Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa (gambar) berkata, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,
Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam.
Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan.
Jenazah Baharuddin akan dikebumikan selepas Zohor.
“Kita merakamkan rasa dukacita terhadap kematian salah seorang peserta yang terkena gas pemedih mata dan telah meninggal dunia, kita ada rakaman video itu dan kita boleh lihat bagaimana dia rebah dan tidak bernafas.
“Esok (hari ini) kita akan menunaikan solat jenazah Allahyarham dan kita harap kerajaan bertanggungjawab dan lakukan siasatan telus dan kemudian maklumkan bagaimana Baharuddin meninggal dunia,” kata Husam pada sidang media tergempar di ibu pejabat PAS lewat malam tadi.
Seramai 1,401 orang ditahan termasuk pemimpin Pakatan Rakyat semalam.
Menurut pemimpin Bersih 2.0 perhimpunan semalam itu dianggap “satu kejayaan besar” dengan 50,000 peserta hadir memberikan sokongan walaupun tidak dapat menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara.
Husam juga berkata, penahanan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan polis mempunyai “agenda politik.”
“Kita dukacita dengan penahanan Presiden PAS dan seolah-olah polis mempunyai agenda politik, malah kenyataan ketua polis negara juga mirip agenda politik,” katanya.
Sementara itu, Hadi dalam kenyataannya selepas dibebaskan berkata sekiranya Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 “kebangkitan lebih besar” akan berlaku.
“Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik, walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar.
“Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihan raya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya. Kita tunggu dan lihat respons kerajaan,” katanya.
Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Selain Hadi, pemimpin PAS yang turut sama ditahan ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Kesemuanya telah dilepaskan malam tadi.

KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyifatkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang sedang mengidap penyakit Xantho Phobia atau ketakutan kepada warna kuning.
"Kini Xantho Phobia atau penyakit takutkan warna kuning yang telah menyebabkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib dan ia satu disorder dalam bahasa perubatannya," kata Dr Dzul (gambar kanan) yang merupakan bekas pensyarah toksikologi Fakultil Perubatan USM, Kubang Kerian, Kelantan.
Bagaimanapun, The Star, memetik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kiri) sebagai berkata, kafe siber, bowling dan pusat snuker tidak termasuk dalam larangan itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan berkata, tuntutan tersebut bukanlah sesuatu yang rumit untuk dilaksanakan jika kerajaan benar-benar jujur kepada rakyat.
KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.
ANALISIS, 9 Julai — “Ini hanya saluran, bukan pengakhiran.” Demikian menurut Pengarah Jabatan Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad di akhir perhimpunan semalam, yang mengulangi peristiwa 2007 di ibu negara.






Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
Perkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.
Beberapa “adegan-adegan” BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.
Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.
Wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.
Justeru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.
Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.
Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.
Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.
“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah.
“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?” sindir beliau lagi.
“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT,” katanya.
“Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.
Abdul Hadi kemudiannya dibebaskan dengan cara polis menghantarnya ke rumahnya lewat petang semalam.
Presiden PAS itu juga memuji keberanian ribuan rakyat yang sanggup menyertai perhimpunan itu walaupun kerajaan mengenakan pelbagai sekatan jalan raya dan menghambat penyokong BERSIH 2.0 sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan BERSIH ini...